TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Terima Kunjungan Hormat Delegasi UNIMEL

Delegasi Universiti Islam Melaka (UNIMEL) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor UNIMEL, bertempat di Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Jalan Seri […]
Mesyuarat Lembaga Pengarah UIMB Tekankan Aspirasi UNIMEL ke Arah Universiti Bertaraf Global

Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Islam Melaka Berhad (UIMB) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Hang Jebat, Seri Negeri. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah UIMB. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YB Dato ‘ Azhar Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk […]
Sukan Komuniti Fakulti Keilmuan Islam Kukuhkan Ukhuwah Mahasiswa UNIMEL

Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah berjaya menganjurkan Program Sukan Komuniti Fakulti Keilmuan Islam yang berlangsung selama tiga hari bertempat di Stadium Tariq Az-Ziyad, UNIMEL. Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Azam Bin Yahya, Dekan Fakulti Keilmuan Islam, bersama Fatin Salwana Binti Mohd Nabhan, Timbalan Majlis Perwakilan Pelajar. Seramai 338 mahasiswa/i Fakulti […]
Kem Kepimpinan KESPAKK 3.0 Bina Jati Diri Mahasiswa UNIMEL

Kelab Sains Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KESPAKK), Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah menganjurkan Kem Kepimpinan KESPAKK 3.0 “Melangkah Menuju Kejayaan” bertempat di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program yang berlangsung selama dua hari ini telah dirasmikan oleh Dr. Mazni Binti Muhammad, Dekan Fakulti Pendidikan, dan disertai oleh seramai 38 orang ahli KESPAKK bersama […]
UNIMEL Terima Kunjungan Hormat Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS)

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah menerima kunjungan hormat dan sesi ziarah cakna daripada delegasi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) dalam usaha memperkukuh hubungan strategik dan kebajikan pelajar anak Sabah di UNIMEL. Delegasi TPNS diketuai oleh YBrs. Encik Awangku Raimy bin Pg. Abd Rahman, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Turut hadir […]
PROGRAM ILMU, IMAN DAN INSTITUSI: JELAJAH TIGA SIMBOL KEBANGGAAN MALAYSIA

Program Ilmu, Iman dan Institusi: Jelajah Tiga Simbol Kebanggaan Malaysia telah berlangsung dengan jayanya melibatkan seramai 25 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Melaka (UNIMEL) bersama empat pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Antara pegawai yang hadir ialah Puan Siti Hajar Binti Abu Kassim, Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; Puan Siti […]
Program “Ace It: Assignment Smart” Perkasa Teknik Penulisan Akademik Pelajar UNIMEL

Program Teknik Penulisan Tugasan Akademik “Ace It: Assignment Smart” telah berjaya dianjurkan di Bilik Kuliah 9 & 10, Fakulti Komunikasi dan Sains Kemanusiaan (FKSK), Universiti Islam Melaka (UNIMEL), setelah mengalami pertukaran lokasi akibat masalah teknikal. Program ini dianjurkan oleh Exco Akademik dan Modal Insan LASCA 25/26 serta Kelab DOSLAC 25/26, Fakulti Undang-Undang, Governan dan Hubungan […]
UNIMEL & HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH (HPSF), MUAR JOHOR JALIN KERJASAMA STRATEGIK

Satu kunjungan hormat telah diadakan ke Pejabat Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar pada 18 Julai 2025. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan dan pihak hospital melalui perbincangan yang merangkumi: Penempatan klinikal pelajar kejururawatan, sebagai platform latihan praktikal untuk meningkatkan kemahiran klinikal pelajar. Kerjasama dalam penyelidikan (research) yang memberi fokus kepada […]
JEJAK SEJARAH, MENYULAM ILMU: KELAB BUKU UNIMEL

Kelab Buku Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah menganjurkan satu program ilmiah bertemakan “Jejak Sejarah, Menyulam Ilmu”, bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor. Program ini memberi tumpuan kepada warisan keilmuan Islam melalui pendedahan terhadap kitab-kitab turath, khususnya Tafsir Al-Jalalain karya agung Imam Jalaluddin Al-Mahalli dan Imam Jalaluddin As-Suyuti. Seramai sembilan orang peserta bersama […]
AKTIVITI BERKAYAK PELAJAR UNIVERSITI ISLAM MELAKA (UNIMEL) DI AKADEMI LAUT MALAYSIA (ALAM)

Kelab Kayak Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah berjaya melaksanakan satu program aktiviti luar yang penuh mencabar dan menyeronokkan bertempat di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Kuala Linggi, Melaka. Program yang berlangsung hari ini telah disertai ahli kelab yang terdiri daripada pelajar pelbagai fakulti. Aktiviti utama adalah sesi latihan asas dan pengendalian kayak, yang dikendalikan oleh jurulatih […]