Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Universiti Islam Melaka (UNIMEL) Bagi Sesi 2 2025/2026.
Universiti Islam Melaka (UNIMEL) hari ini melaksanakan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu bagi Sesi 2 2025/2026, melibatkan kemasukan pelajar yang telah terpilih menyertai institusi pengajian tinggi tersebut.
UNIMEL merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu, yang disifatkan sebagai satu pencapaian membanggakan serta permulaan kepada perjalanan menimba ilmu, pembentukan sahsiah dan pengukuhan iman.
Sebagai institusi pengajian tinggi Islam yang berteraskan nilai murni serta keilmuan Islam dan kontemporari,UNIMEL komited melahirkan graduan yang seimbang dari aspek intelek, spiritual dan akhlak. Pelajar turut dididik menjadi profesional berintegriti, beretika dan berdaya saing selaras dengan keperluan semasa.
Para pelajar baharu turut digalakkan memanfaatkan sepenuhnya peluang pembelajaran di kampus dengan meneroka potensi diri, memperkukuh ukhuwah, mematuhi peraturan universiti serta melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti akademik dan kokurikulum.
UNIMEL berharap para pelajar dapat menjadikan universiti ini sebagai medan membina ilmu,
membentuk jati diri dan merancang masa depan yang cemerlang, selaras dengan matlamat
melahirkan graduan berkualiti demi kesejahteraan ummah dan negara.