NURSING FESTIVAL IN CONJUNCTION WITH NATIONAL MONTH 2026 ENLIVENS THE CELEBRATION, FKSK BLOOD DONATION CAMPAIGN ACHIEVES TARGET OF 70 BLOOD BAGS
MELAKA, 4 August 2026 – The Faculty of Nursing and Health Sciences (FKSK), Universiti Islam Melaka (UNIMEL), successfully organized the Nursing Festival in Conjunction with National Month 2026: FKSK Blood Donation Campaign under the theme “A Drop of Blood, A Million Hopes” at the Student Centre, UNIMEL Student Residential College.
The vibrant programme brought together members of the university community and the local public in support of the blood donation campaign while raising awareness of the importance of healthcare. The campaign successfully achieved its target of collecting 70 bags of blood, reflecting the strong commitment of donors in contributing to efforts to help patients in need of blood supplies.
In addition to the Blood Donation Campaign, visitors had the opportunity to participate in various health-related activities, including health screenings, health exhibitions, and interactive exhibitions. These activities provided valuable exposure to the community on healthy lifestyle practices, disease prevention measures, and the importance of continuous healthcare.



The Dean of the Faculty of Nursing and Health Sciences, YBrs. Dr. Hajah Norziah Sarudin, stated that the programme was part of the faculty’s commitment to fostering the values of volunteerism and social responsibility while encouraging active student participation in community service activities.
“Blood donation is a noble act that has the power to save lives. Through the theme ‘A Drop of Blood, A Million Hopes’, FKSK hopes this programme will instil a spirit of compassion and a culture of helping others among students and the university community. The successful achievement of our target of collecting 70 bags of blood reflects the awareness and commitment of all parties in making this meaningful initiative a success for the benefit of society.”
She also expressed her appreciation to all donors, organisers, volunteers, and strategic partners for their cooperation and dedication throughout the programme, enabling it to achieve its intended objectives.
The Nursing Festival also reflects FKSK’s role as a faculty that not only prioritises academic excellence but is also committed to producing graduates who embody professionalism, empathy, and social responsibility. It is hoped that programmes of this nature will continue in the future as a platform to strengthen collaboration between the university, healthcare agencies, and the community, while supporting efforts to enhance public awareness of the importance of blood donation and healthcare.
NURSING FESTIVAL SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026 MERIAH, KEMPEN DERMA DARAH FKSK CAPAI SASARAN 70 BEG DARAH
MELAKA, 4 Ogos 2026 – Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan (FKSK), Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah berjaya menganjurkan Nursing Festival Sempena Bulan Kebangsaan 2026: Kempen Derma Darah FKSK bertemakan “Setitis Darah, Sejuta Harapan” di Pusat Pelajar, Kolej Kediaman Pelajar UNIMEL.
Program yang berlangsung dengan penuh meriah ini berjaya menghimpunkan warga universiti dan masyarakat setempat dalam usaha menyokong kempen pendermaan darah serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Kempen tersebut turut mencapai sasaran kutipan darah sebanyak 70 beg darah, sekali gus membuktikan komitmen tinggi para penderma dalam menyumbang kepada usaha membantu pesakit yang memerlukan bekalan darah.
Selain Kempen Derma Darah, pengunjung turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti kesihatan yang disediakan, antaranya pemeriksaan kesihatan, pameran kesihatan dan pameran interaktif. Aktiviti-aktiviti tersebut memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai amalan gaya hidup sihat, langkah pencegahan penyakit serta kepentingan penjagaan kesihatan secara berterusan.
Dekan Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan, YBrs. Dr. Hajah Norziah Sarudin, berkata penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada komitmen fakulti dalam membudayakan nilai kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial di samping menggalakkan penglibatan aktif mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan.
“Pendermaan darah merupakan satu amalan murni yang mampu menyelamatkan nyawa. Melalui tema ‘Setitis Darah, Sejuta Harapan’, FKSK berharap program ini dapat menyemai semangat keprihatinan dan budaya membantu masyarakat dalam kalangan mahasiswa serta warga universiti. Kejayaan mencapai sasaran kutipan sebanyak 70 beg darah mencerminkan kesedaran dan komitmen semua pihak dalam menjayakan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat.”
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penderma, penganjur, sukarelawan serta rakan strategik yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang penganjuran program sehingga mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Penganjuran Nursing Festival ini turut mencerminkan peranan FKSK sebagai sebuah fakulti yang bukan sahaja menumpukan kepada kecemerlangan akademik, malah komited melahirkan graduan yang memiliki nilai profesionalisme, empati dan tanggungjawab sosial. Program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform memperkukuh hubungan antara universiti, agensi kesihatan dan komuniti, di samping menyokong usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendermaan darah dan penjagaan kesihatan.