UNIMEL–DBP STRENGTHEN STRATEGIC PARTNERSHIP TO PROMOTE THE MALAY LANGUAGE AS A LANGUAGE OF KNOWLEDGE IN THE DIGITAL ERA
KUALA LUMPUR, 29 OCTOBER 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) continues to strengthen its strategic partnership with Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) through the signing of a Memorandum of Understanding (MoU), held in conjunction with DBP Digital Day 2026 at Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, Kuala Lumpur.
The signing of this MoU marks an important step towards expanding collaboration between the two institutions, particularly in promoting the Malay language as a language of knowledge, strengthening academic scholarship, advancing literature and broadening publishing networks in response to developments in digital technology.
This collaboration creates opportunities for various joint initiatives, including the publication of high-quality academic materials, knowledge and expertise sharing, and the development of intellectual resources. These efforts are expected to strengthen the knowledge ecosystem and contribute to the development and excellence of the nation’s higher education sector.
The strategic synergy between UNIMEL and DBP also reflects their shared commitment to integrating academic excellence with the rich heritage of Malay-Islamic scholarship through high-impact publications. This initiative is also important in ensuring that the Malay language continues to evolve as a dynamic, competitive and relevant language of knowledge in line with the ongoing digital transformation.


This partnership is expected to create further opportunities for collaboration in academic activities, publishing and knowledge dissemination, while strengthening the role of both institutions in preserving, developing and promoting the national language.
UNIMEL remains committed to expanding strategic partnerships with various agencies and institutions to enhance academic excellence, strengthen scholarly culture and contribute to the development of the nation’s higher education sector.
UNIMEL – Empowering Knowledge, Building Generations.
UNIMEL–DBP PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK, MARTABATKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU DALAM ERA DIGITAL
KUALA LUMPUR, 29 OKTOBER 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersempena dengan Hari Digital DBP 2026 yang berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, Kuala Lumpur.
Pemeteraian MoU ini merupakan langkah penting dalam memperluas kerjasama antara kedua-dua institusi, khususnya bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, memperkukuh bidang kesarjanaan, memperkasa kesusasteraan serta memperluas jaringan penerbitan dalam mendepani perkembangan teknologi digital.
Kerjasama ini membuka peluang kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif bersama, termasuk penerbitan bahan ilmiah berkualiti, perkongsian kepakaran dan pengembangan khazanah intelektual. Usaha ini dijangka dapat memperkukuh ekosistem keilmuan serta menyumbang kepada pembangunan dan kecemerlangan sektor pendidikan tinggi negara.
Sinergi strategik UNIMEL–DBP turut mencerminkan komitmen bersama dalam mengintegrasikan kecemerlangan akademik dengan warisan keilmuan Melayu-Islam melalui penerbitan berimpak tinggi. Inisiatif ini juga penting dalam memastikan bahasa Melayu terus berkembang sebagai bahasa ilmu yang dinamik, berdaya saing dan relevan seiring dengan arus transformasi digital.
Kerjasama ini diharap dapat membuka lebih banyak ruang kolaborasi dalam bidang akademik, penerbitan dan penyebaran ilmu, sekali gus memperkukuh peranan kedua-dua institusi dalam memelihara, mengembangkan dan memartabatkan bahasa kebangsaan.
UNIMEL akan terus komited memperluas jaringan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi dan institusi bagi memperkasa kecemerlangan ilmu, memperkukuh budaya kesarjanaan serta menyumbang kepada pembangunan pendidikan tinggi negara.
UNIMEL – Memperkasa Ilmu, Membina Generasi.