🕐 13/09/2026 07:00 PM
SDG 4: Quality Education SDG 10: Reduced Inequalities

UNIMEL EXPANDS EDUCATIONAL NETWORK THROUGH KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026

ALOR GAJAH, MELAKA – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) continues to strengthen its commitment to expanding access to higher education through its participation in Karnival Pendidikan MADANI 2026, held at Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Dol Said, Alor Gajah, Melaka.

The programme, organised by the Alor Gajah District Education Office (PPD Alor Gajah), ran from 8.00 a.m. to 4.00 p.m. and was officiated by YB Tuan Haji Adly bin Zahari, Deputy Minister of Defence and Member of Parliament for Alor Gajah.

UNIMEL was represented by the Faculty of Nursing and Health Sciences (FKSK) through an educational exhibition that provided a platform for students, parents and visitors to obtain first-hand information about the university’s academic programmes and opportunities to pursue higher education at UNIMEL.

Through the exhibition, visitors had the opportunity to learn more about admission pathways to higher education institutions, the academic programmes offered and potential career prospects, particularly in the fields of nursing and health sciences. This initiative also helped raise awareness of the importance of higher education as a pathway towards a better future.

UNIMEL’s participation in the carnival also served as a strategic platform to engage with prospective students, introduce the strengths of its academic programmes and strengthen relationships with educational institutions and the local community. This initiative reflects the university’s role in supporting the development of knowledgeable, skilled and competitive human capital.

Furthermore, this participation aligns with the aspirations of Malaysia MADANI, which emphasises community development through quality education, inclusive opportunities and continuous efforts to nurture a generation capable of contributing to the nation’s progress.

UNIMEL extends its sincere appreciation to the Alor Gajah District Education Office, Melaka, for the invitation and opportunity to participate in and contribute to the success of Karnival Pendidikan MADANI 2026.

UNIMEL remains committed to expanding access to higher education to nurture a knowledgeable, skilled and competitive generation.


UNIMEL PERLUAS JARINGAN PENDIDIKAN MENERUSI KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026

ALOR GAJAH, MELAKA – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh komitmennya dalam memperluas akses kepada pendidikan tinggi menerusi penyertaan dalam Karnival Pendidikan MADANI 2026 yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Dol Said, Alor Gajah, Melaka.

Program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Alor Gajah itu berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang dan telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah.

Penyertaan UNIMEL dalam karnival ini diwakili oleh Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan (FKSK) menerusi pameran pendidikan yang menyediakan platform kepada para pelajar, ibu bapa dan pengunjung untuk mendapatkan maklumat secara langsung mengenai program pengajian serta peluang melanjutkan pengajian di UNIMEL.

Menerusi pameran tersebut, pengunjung berpeluang mengetahui dengan lebih lanjut tentang laluan kemasukan ke institusi pengajian tinggi, bidang pengajian yang ditawarkan serta prospek kerjaya, khususnya dalam bidang kejururawatan dan sains kesihatan. Inisiatif ini turut membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan tinggi sebagai landasan untuk membina masa depan yang lebih baik.

Penglibatan UNIMEL dalam karnival ini juga menjadi medium strategik untuk mendekati bakal pelajar, memperkenalkan kelebihan program akademik yang ditawarkan serta memperkukuh hubungan dengan institusi pendidikan dan komuniti setempat. Usaha ini mencerminkan peranan universiti dalam menyokong pembangunan modal insan yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Selain itu, penyertaan ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan masyarakat melalui pendidikan berkualiti, peluang yang inklusif dan usaha berterusan untuk melahirkan generasi yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

UNIMEL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah, Melaka atas jemputan serta peluang yang diberikan untuk turut serta menjayakan Karnival Pendidikan MADANI 2026.

UNIMEL komited memperluas peluang pendidikan tinggi demi melahirkan generasi berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.