Utama Berita Pelajar
🕐 08/08/2026 05:15 PM

UNIMEL SHARES EXPERTISE THROUGH JKM MELAKA’S SPeKTRUM PROGRAMME

MELAKA, 8 August 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL), through the Faculty of Nursing and Health Sciences (FKSK), continues to strengthen its role in knowledge transfer and professional expertise services to the community through its participation in the Support Programme for Caregivers of Well-Being Individuals (SPeKTRUM) organised by the Melaka State Department of Social Welfare (JKM Melaka).

Held recently at Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka, the programme aimed to enhance caregivers’ knowledge and skills in managing bedridden Persons with Disabilities (PWDs), as well as bedridden and non-bedridden patients with chronic illnesses. The programme also provided exposure to emotional management and caregiver well-being in carrying out their caregiving responsibilities.

UNIMEL’s participation through FKSK was led by Ms. Nurul Faatin, Clinical Instructor, who served as the Person in Charge (PIC) for the activity in collaboration with the Melaka State Health Department (JKNM).

A total of 10 FKSK students also participated in the programme, comprising two Bachelor of Nursing (BNs) Semester 6 students, as well as students from Diploma in Nursing Semester 5 and Semester 6.

The involvement of FKSK lecturers and students in the programme not only provided the community with access to nursing knowledge and expertise but also served as a valuable platform for students to apply the knowledge and skills acquired throughout their studies in real-life settings.

UNIMEL Vice Chancellor, Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, said that the involvement of UNIMEL’s academic community in community-based programmes such as SPeKTRUM reflects the university’s commitment to ensuring that its knowledge and expertise are directly translated into meaningful contributions to society.

“UNIMEL remains committed to expanding knowledge transfer and professional expertise services to the community. The involvement of lecturers and students in programmes such as SPeKTRUM not only benefits the community but also provides a meaningful learning experience for students to apply their knowledge and skills in real-life situations.”

He further emphasised that collaboration between higher education institutions and government agencies is essential in extending the benefits of knowledge to the community, particularly in the areas of health, welfare and community well-being.

UNIMEL’s involvement in the SPeKTRUM Programme also strengthens the university’s strategic partnerships with JKM Melaka and JKNM, while supporting UNIMEL’s commitment to enhancing community engagement through the sharing of knowledge, expertise and professional experience.

This commitment is in line with UNIMEL’s role as a higher education institution that not only emphasises academic excellence but also encourages its university community to actively contribute to the development and well-being of society.

Through continued participation in programmes of this nature, UNIMEL hopes to remain a strategic partner to government agencies and the community in enhancing knowledge, improving the quality of caregiving and contributing towards a healthier and more resilient society.


UNIMEL KONGSI KEPAKARAN DALAM PROGRAM SPeKTRUM JKM MELAKA

MELAKA, 8 Ogos 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) melalui Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan (FKSK) terus memperkukuh peranan universiti dalam pemindahan ilmu dan khidmat kepakaran kepada masyarakat menerusi penglibatan dalam Program Sokongan Penjaga Insan Sejahtera (SPeKTRUM) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka (JKM Melaka).

Program yang berlangsung di Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka baru-baru ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para penjaga dalam menguruskan Orang Kurang Upaya (OKU) terlantar serta pesakit kronik terlantar dan tidak terlantar. Selain itu, program turut memberi pendedahan berkaitan pengurusan emosi serta aspek kesejahteraan penjaga dalam melaksanakan tanggungjawab penjagaan.

Penglibatan FKSK UNIMEL dalam program tersebut diketuai oleh Puan Nurul Faatin, Clinical Instructor, selaku Person in Charge (PIC) aktiviti bersama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM).

Turut terlibat dalam program ini ialah seramai 10 orang pelajar FKSK, terdiri daripada dua orang pelajar Bachelor of Nursing (BNs) Semester 6 serta pelajar Diploma Kejururawatan Semester 5 dan 6.

Penglibatan pensyarah dan pelajar FKSK dalam program ini bukan sahaja memberi peluang kepada komuniti mendapatkan manfaat daripada ilmu dan kepakaran bidang kejururawatan, malah menjadi platform kepada para pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran yang dipelajari dalam suasana sebenar.

Naib Canselor UNIMEL, Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, berkata penglibatan warga UNIMEL dalam program kemasyarakatan seperti SPeKTRUM mencerminkan komitmen universiti dalam memastikan ilmu dan kepakaran yang dimiliki dapat dimanfaatkan secara langsung oleh masyarakat.

“UNIMEL sentiasa komited memperluas pemindahan ilmu dan khidmat kepakaran kepada komuniti. Penglibatan pensyarah dan pelajar dalam program seperti SPeKTRUM bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat, malah menjadi ruang pembelajaran bermakna kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu dan kemahiran mereka dalam situasi sebenar.”

Menurut beliau, kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan amat penting dalam memperluas manfaat ilmu kepada masyarakat, khususnya dalam aspek kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan komuniti.

Penglibatan UNIMEL dalam Program SPeKTRUM turut memperkukuh jaringan strategik universiti bersama JKM Melaka dan JKNM, di samping menyokong aspirasi UNIMEL untuk terus memperkasakan khidmat komuniti melalui perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman profesional.

Komitmen ini selaras dengan peranan UNIMEL sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang bukan sahaja memberi penekanan kepada kecemerlangan akademik, malah turut menggalakkan warga universiti untuk menyumbang secara aktif kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

Melalui penglibatan berterusan dalam program seumpama ini, UNIMEL berharap dapat terus menjadi rakan strategik kepada agensi kerajaan dan komuniti dalam memperkasa pengetahuan, meningkatkan kualiti penjagaan serta membina masyarakat yang lebih sejahtera.