Utama Berita Pelajar
🕐 28/07/2026 04:36 PM
SDG 3: Good Health and Well-Being SDG 4: Quality Education SDG 17: Partnerships for the Goals

UNIMEL WINS GOLD AND SILVER AT SUPTIM XXI 2026, REINFORCING HOLISTIC STUDENT EXCELLENCE

BANGI, 28 July 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) continued its impressive performance in university sports by securing one gold medal and one silver medal at the 21st Malaysian Islamic Higher Education Institutions Sports Championship (SUPTIM XXI) 2026, held at Universiti Islam Selangor (UIS) from 24 to 28 July 2026.

The gold medal was won by UNIMEL’s badminton team, which delivered outstanding and consistent performances throughout the tournament. Meanwhile, the women’s volleyball team brought further pride to the university by claiming the silver medal after putting up a determined performance in the final.

In addition, the futsal team and the table tennis team each finished in fourth place, while the netball team and the men’s volleyball team concluded their campaigns in fifth place.

The contingent’s overall achievement of one gold and one silver medal reflects the athletes’ strong commitment, discipline, fighting spirit, and teamwork throughout the championship. Their success demonstrates UNIMEL’s dedication to promoting sporting excellence while enhancing the university’s reputation among Malaysia’s Islamic higher education institutions.

In line with the university’s aspiration to develop well-rounded graduates, UNIMEL’s participation and achievements at SUPTIM XXI 2026 reinforce its commitment to the United Nations Sustainable Development Goals (SDGs), particularly SDG 3: Good Health and Well-being, by encouraging active and healthy lifestyles through sports, and SDG 4: Quality Education, by fostering character development, leadership, and essential soft skills among students. Furthermore, the success achieved through close collaboration among athletes, coaches, and officials also supports SDG 17: Partnerships for the Goals, highlighting the importance of teamwork and collaboration in achieving excellence.

UNIMEL extends its heartfelt congratulations and appreciation to all athletes, coaches, officials, and members of the university contingent for their outstanding achievements. It is hoped that this success will serve as a catalyst for even greater accomplishments in the future while strengthening the university’s culture of excellence in both sports and academics, contributing to the holistic development of its students.


UNIMEL RAIH EMAS DAN PERAK DI KEJOHANAN SUPTIM XXI 2026, PERKUKUH KECEMERLANGAN MAHASISWA HOLISTIK

BANGI, 28 Julai 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus mencipta kejayaan dalam arena sukan apabila berjaya membawa pulang satu pingat emas dan satu pingat perak pada Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia Ke-21 (SUPTIM XXI) 2026 yang berlangsung di Universiti Islam Selangor (UIS) dari 24 hingga 28 Julai 2026.

Pingat emas berjaya diraih menerusi acara badminton berpasukan selepas pasukan UNIMEL mempamerkan aksi cemerlang dan konsisten sepanjang kejohanan. Sementara itu, pasukan bola tampar wanita turut mengharumkan nama universiti apabila meraih pingat perak selepas memberikan saingan sengit pada perlawanan akhir.

Selain kejayaan tersebut, pasukan futsal dan pingpong berpasukan masing-masing berjaya menduduki tempat keempat, manakala bola jaring serta bola tampar lelaki menamatkan saingan di tempat kelima.

Pencapaian keseluruhan kontinjen yang meraih satu pingat emas dan satu pingat perak mencerminkan komitmen tinggi, disiplin, semangat juang serta kerjasama berpasukan yang ditunjukkan oleh para atlet sepanjang kejohanan. Kejayaan ini turut membuktikan kesungguhan warga UNIMEL dalam mengangkat nama universiti di peringkat institusi pengajian tinggi Islam Malaysia.

Selaras dengan aspirasi universiti dalam melahirkan graduan holistik, penyertaan dan kejayaan dalam SUPTIM XXI 2026 memperkukuhkan komitmen UNIMEL terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs), khususnya SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, yang menggalakkan gaya hidup sihat melalui penglibatan aktif dalam sukan, serta SDG 4: Pendidikan Berkualiti, menerusi pembangunan sahsiah, kepimpinan dan kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa. Di samping itu, kejayaan yang dicapai hasil semangat berpasukan dan kerjasama erat antara atlet, jurulatih serta pegawai turut menyokong SDG 17: Perkongsian untuk Mencapai Matlamat, yang menekankan kepentingan kolaborasi dalam mencapai kecemerlangan.

UNIMEL merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua atlet, jurulatih, pegawai serta seluruh warga kontinjen yang telah mengharumkan nama universiti. Diharapkan pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan, sekali gus memperkukuhkan budaya kecemerlangan sukan seiring kecemerlangan akademik dan pembangunan mahasiswa secara menyeluruh.