🕐 12/11/2026 04:52 PM
SDG 4: Quality Education SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions

UNIMEL’S MASTER OF PUBLIC ADMINISTRATION STRENGTHENS STRATEGIC LEADERSHIP, SHAPING THE FUTURE OF THE PUBLIC SECTOR

MELAKA, 12 NOVEMBER 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) continues to strengthen its role in developing knowledgeable and highly competent human capital through the offering of its Master of Public Administration (MPA) programme, which focuses on strategic leadership, public policy formulation and organisational governance.

In navigating an increasingly complex and dynamic public administration landscape, the demand for leaders with strategic thinking, vision and the ability to make informed, evidence-based decisions has become increasingly important to ensure effective public service delivery.

In this regard, UNIMEL’s Master of Public Administration programme serves as a platform for knowledge enhancement and professional competency development, particularly in nurturing leaders capable of analysing administrative issues, formulating effective solutions and leading organisational transformation within the public sector.

As part of its commitment to maintaining academic quality and standards, the programme underwent a Full Accreditation Assessment Visit by the Malaysian Qualifications Agency (MQA) on 11 and 12 November 2026. The assessment represents an important step in ensuring academic quality and promoting continuous improvement in UNIMEL’s postgraduate academic offerings.

The programme’s learning approach emphasises a balance between theoretical knowledge and practical application, providing students with opportunities to understand real-world public administration challenges, strengthen problem-solving skills and enhance leadership capabilities in an ever-changing professional environment.

The programme also aligns with UNIMEL’s commitment to supporting the United Nations Sustainable Development Goals (SDGs), particularly SDG 4: Quality Education, through the provision of higher education opportunities and lifelong learning, as well as SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions, particularly in promoting effective, accountable and transparent governance.

Overall, UNIMEL’s Master of Public Administration programme reflects the university’s commitment to contributing towards the development of competent, progressive and ethical public sector leaders, while producing graduates who are well-prepared to drive administrative excellence and national development in the future.


SARJANA PENTADBIRAN AWAM UNIMEL PERKASA KEPIMPINAN STRATEGIK, LAHIR PEMIMPIN SEKTOR AWAM MASA HADAPAN

MELAKA, 12 NOVEMBER 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh peranannya dalam melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkompetensi tinggi menerusi penawaran Program Sarjana Pentadbiran Awam (MPA) yang memberi tumpuan kepada pembangunan kepimpinan strategik, penggubalan dasar awam serta tadbir urus organisasi.

Dalam mendepani landskap pentadbiran awam yang semakin kompleks dan dinamik, keperluan terhadap pemimpin yang berfikiran strategik, berwawasan serta berkeupayaan membuat keputusan berasaskan ilmu dan bukti semakin penting bagi memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Sehubungan itu, Program Sarjana Pentadbiran Awam UNIMEL dirangka sebagai platform pengembangan ilmu dan peningkatan kompetensi profesional, khususnya dalam membentuk pemimpin yang mampu menganalisis isu pentadbiran, merangka penyelesaian berkesan serta menerajui perubahan dalam organisasi sektor awam.

Sebagai sebahagian daripada usaha memastikan kualiti dan standard akademik sentiasa terpelihara, program ini telah melalui Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 11 dan 12 November 2026. Penilaian tersebut merupakan langkah penting dalam proses jaminan kualiti akademik serta penambahbaikan berterusan terhadap penawaran program pengajian pascasiswazah di UNIMEL.

Pendekatan pembelajaran yang menekankan keseimbangan antara penguasaan teori dan aplikasi praktikal turut memberi peluang kepada pelajar untuk memahami cabaran sebenar pentadbiran awam, memperkukuh kemahiran penyelesaian masalah serta meningkatkan keupayaan kepimpinan dalam persekitaran kerja yang sentiasa berubah.

Penawaran program ini juga selari dengan komitmen UNIMEL dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4: Pendidikan Berkualiti, melalui penyediaan peluang pendidikan tinggi dan pembelajaran sepanjang hayat, serta SDG 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh, khususnya dalam memperkasakan tadbir urus yang berkesan, bertanggungjawab dan telus.

Secara keseluruhannya, Program Sarjana Pentadbiran Awam UNIMEL mencerminkan komitmen universiti untuk menyumbang kepada pembangunan kepimpinan sektor awam yang kompeten, progresif dan berintegriti, sekali gus melahirkan graduan yang bersedia memacu kecemerlangan pentadbiran serta pembangunan negara pada masa hadapan.