UNIMEL NURTURES YOUTH EXCELLENCE, SHAPING FUTURE LEADERS THROUGH RIASAH 2026
ALOR GAJAH, 30 OCTOBER 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) continues to strengthen its commitment to human capital development through the organisation of the Rancakkan Ilmu, Akhlak dan Sahsiah (RIASAH) 2026 Programme, in collaboration with the Melaka State Education Department. The programme brought together 240 students from 12 schools across the state of Melaka, serving as an important platform to nurture a generation of knowledgeable, morally upright, disciplined and competitive young individuals.
The programme aims to empower students to develop their potential holistically, encompassing knowledge enhancement, character building, the strengthening of positive values and leadership development. This initiative also supports the aspirations of the Melaka State Government to produce quality future generations who are capable of contributing to the development of society and the nation.


The Closing Ceremony of RIASAH 2026 was officiated by YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Melaka State Secretary, representing YAB the Chief Minister of Melaka.
Also in attendance were Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Vice-Chancellor of UNIMEL, and Puan Nordahlela binti Md Nasir, Senior Assistant Director of Student Affairs, representing the Melaka State Education Department, together with members of UNIMEL’s senior management.
The strategic collaboration between UNIMEL and the Melaka State Education Department reflects the continuous commitment of both parties to expanding educational development initiatives that emphasise not only academic excellence but also character building, personal well-being and leadership skills among students.


The organisation of RIASAH 2026 also supports the Sustainable Development Goals (SDGs), particularly:
- SDG 3 – Good Health and Well-being: Promoting emotional well-being, self-confidence and positive character development among students.
- SDG 4 – Quality Education: Strengthening holistic education through knowledge development, the inculcation of positive values and the enhancement of leadership potential.
- SDG 11 – Sustainable Cities and Communities: Contributing to the development of responsible young individuals who can help build inclusive, harmonious and resilient communities.
UNIMEL remains committed to playing its role as a higher education institution and a catalyst for quality human capital development, ultimately nurturing future generations who excel in knowledge, uphold noble values and possess strong personal integrity to become the leaders of tomorrow.
UNIMEL CETUS KECEMERLANGAN GENERASI MUDA, BENTUK PEMIMPIN MASA HADAPAN MENERUSI RIASAH 2026
ALOR GAJAH, 30 OKTOBER 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh komitmennya dalam pembangunan modal insan menerusi penganjuran Program Rancakkan Ilmu, Akhlak dan Sahsiah (RIASAH) 2026 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Program yang menghimpunkan seramai 240 pelajar daripada 12 buah sekolah di Negeri Melaka ini menjadi platform penting dalam membentuk generasi muda yang berilmu, berakhlak mulia, berdisiplin serta berdaya saing.
Penganjuran program ini bertujuan memperkasa potensi diri pelajar secara holistik, merangkumi aspek pembangunan ilmu, pembentukan sahsiah, pengukuhan nilai murni dan kepimpinan. Inisiatif ini turut menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Melaka dalam melahirkan generasi masa hadapan yang berkualiti serta mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Majlis Perasmian Penutupan Program RIASAH 2026 telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang mewakili YAB Ketua Menteri Melaka.
Turut hadir ialah Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL, serta Puan Nordahlela binti Md Nasir, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid yang mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, bersama barisan pengurusan tertinggi UNIMEL.
Kerjasama strategik antara UNIMEL dengan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperluas inisiatif pembangunan pendidikan yang bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik, malah turut memberi perhatian terhadap pembentukan akhlak, kesejahteraan diri dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar.
Penganjuran RIASAH 2026 turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDG), khususnya:
- SDG 3 – Kesihatan Baik dan Kesejahteraan: Memupuk kesejahteraan emosi, keyakinan diri dan pembentukan sahsiah positif dalam kalangan pelajar.
- SDG 4 – Pendidikan Berkualiti: Memperkukuh pendidikan holistik melalui pembangunan ilmu pengetahuan, penerapan nilai murni dan pengembangan potensi kepimpinan.
- SDG 11 – Bandar dan Komuniti Mampan: Menyumbang kepada pembentukan generasi bertanggungjawab yang mampu membina komuniti inklusif, harmoni dan berdaya tahan.
UNIMEL akan terus komited memainkan peranan sebagai institusi pendidikan tinggi yang menjadi pemangkin pembangunan modal insan berkualiti, sekali gus melahirkan generasi muda yang unggul dalam ilmu, terpuji dalam akhlak dan teguh jati diri sebagai pemimpin masa hadapan.