🕐 14/07/2026 04:30 PM
SDG 4: Quality Education SDG 17: Partnerships for the Goals

UNIMEL’S MANASIK HAJJ KIDS PROGRAMME GIVES SK LEREH PUPILS EARLY EXPOSURE TO HAJJ

MELAKA, 14 July – Universiti Islam Melaka (UNIMEL), through the Diploma in Hajj and Umrah Management Programme under the Faculty of Business, Hospitality and Technology (FPHT), organised the Manasik Hajj Kids Programme, involving 112 Year 6 pupils from Sekolah Kebangsaan (SK) Lereh.

The programme, conducted by 18 students from the Diploma in Hajj and Umrah Management, aimed to provide early exposure to the concepts, pillars, obligations, and procedures of the Hajj pilgrimage through an interactive, engaging, and experiential learning approach.

The opening ceremony was officiated by SK Lereh Headmistress, Madam Jamaliah binti Saad, who expressed her appreciation for UNIMEL’s initiative in nurturing a better understanding of Hajj among school pupils from an early age.

Throughout the programme, UNIMEL students served as facilitators, guiding participants through every stage of the Hajj pilgrimage, including ihram, wuquf at Arafah, stoning of the Jamrah, tawaf, sa’ie, and tahallul. The simulation-based learning approach enabled pupils to gain a clearer and more meaningful understanding of the practical aspects of performing Hajj.

Led by Madam Salbiah Nur binti Shahrul Azmi, the programme also provided an opportunity for UNIMEL students to apply their academic knowledge in a real-world setting. In addition to strengthening their understanding of Hajj and Umrah management, the students enhanced their leadership, communication, teamwork, and programme management skills through community engagement activities.

The organisation of the Manasik Hajj Kids Programme reflects UNIMEL’s commitment to strengthening strategic partnerships with educational institutions while contributing to community development through the sharing of knowledge and expertise.

The programme also supports the United Nations Sustainable Development Goals (SDGs), particularly SDG 4: Quality Education and SDG 17: Partnerships for the Goals, through the collaborative efforts between UNIMEL and SK Lereh in advancing community-based education.

Overall, the Manasik Hajj Kids Programme successfully achieved its objectives by enhancing pupils’ understanding of the Hajj pilgrimage through practical learning experiences while further strengthening the professional competencies of UNIMEL students as future practitioners in the Hajj and Umrah management industry.


PROGRAM MANASIK HAJJ KIDS UNIMEL BERI PENDEDAHAN AWAL IBADAH HAJI KEPADA MURID SK LEREH

MELAKA, 14 Julai – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) menerusi Program Diploma in Hajj and Umrah Management, Fakulti Perniagaan, Hospitaliti dan Teknologi (FPHT), telah menganjurkan Program Manasik Hajj Kids yang melibatkan seramai 112 murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) Lereh sebagai peserta.

Program yang dikendalikan oleh 18 mahasiswa Diploma in Hajj and Umrah Management ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada murid mengenai konsep, rukun, wajib dan tatacara pelaksanaan ibadah haji melalui pendekatan simulasi yang interaktif, menyeronokkan dan berorientasikan pembelajaran amali.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Lereh, Puan Jamaliah binti Saad, yang menyambut baik inisiatif UNIMEL dalam menyemai kefahaman ibadah haji kepada murid sejak di bangku sekolah.

Sepanjang program, mahasiswa UNIMEL bertindak sebagai fasilitator dengan membimbing peserta melalui setiap fasa ibadah haji, bermula daripada niat dan pemakaian ihram, wukuf di Arafah, melontar jamrah, tawaf, saie serta tahallul. Pendekatan pembelajaran secara simulasi ini membantu murid memahami pelaksanaan ibadah haji dengan lebih jelas dan berkesan.

Program yang diketuai oleh Puan Salbiah Nur binti Shahrul Azmi turut menjadi platform kepada mahasiswa mengaplikasikan pengetahuan akademik dalam situasi sebenar. Selain mengukuhkan kefahaman terhadap pengurusan haji dan umrah, mahasiswa berpeluang memperkasakan kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan serta pengurusan program melalui pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat.

Penganjuran Program Manasik Hajj Kids mencerminkan komitmen UNIMEL dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan serta menyumbang kepada pembangunan komuniti melalui perkongsian ilmu dan kepakaran.

Program ini juga selaras dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG) khususnya SDG 4: Pendidikan Berkualiti dan SDG 17: Perkongsian untuk Mencapai Matlamat, menerusi kerjasama erat antara UNIMEL dan SK Lereh dalam memperkasakan pendidikan berasaskan komuniti.

Secara keseluruhannya, Program Manasik Hajj Kids telah berjaya mencapai objektifnya dengan meningkatkan kefahaman murid mengenai ibadah haji melalui pengalaman pembelajaran secara praktikal, di samping memperkukuhkan kompetensi profesional mahasiswa UNIMEL sebagai bakal pengamal industri pengurusan haji dan umrah yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing.