Ketua Menteri Melaka Dimasyhurkan Sebagai Pro-Canselor Universiti Islam Melaka UNIMEL

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dimasyhur sebagai ProCanselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL). Pemasyhuran itu diadakan bersempena Istiadat Konvokesyen UNIMEL Ke-27 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini. Istiadat pemasyhuran telah disempurnakan Yang diPertua Negeri merangkap Canselor UNIMEL Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam. Pelantikan Ab Rauf yang […]

Universiti Islam Melaka Sediakan Teh Masala Percuma Sempena Pendaftaran Pelajar Baharu

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) hari ini melaksanakan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2 2025/2026 dengan menyediakan minuman Teh Masala secara percuma kepada para pelajar dan ibu bapa yang hadir. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen UNIMEL terhadap kelestarian sosial, di samping mencerminkan amalan sustainable hospitality melalui penyediaan minuman panas yang lebih mesra alam dan berkesan […]

Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Universiti Islam Melaka (UNIMEL) Bagi Sesi 2 2025/2026.

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) hari ini melaksanakan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu bagi Sesi 2 2025/2026, melibatkan kemasukan pelajar yang telah terpilih menyertai institusi pengajian tinggi tersebut. UNIMEL merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu, yang disifatkan sebagai satu pencapaian membanggakan serta permulaan kepada perjalanan menimba ilmu, pembentukan sahsiah dan pengukuhan iman. Sebagai […]

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN PENYERAHAN KUNCI MOCK DIALYSIS TRAINING CENTRE ANTARA UNIVERSITI ISLAM MELAKA DAN GEDUNG PENAWAR SDN. BHD.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Islam Melaka dan Gedung Penawar Sdn. Bhd. telah bertempat di bilik Mesyuarat Tun Sri Lanang, Universiti Islam Melaka. Penyerahan Kunci Mock Dialysis Training Centre pula telah dilaksanakan di Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan (FKSK), Universiti Islam Melaka. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk Ts. Dr. […]

MAJLIS MENANDATANGANI MoU DAN MoA ANTARA UNIVERSITI ISLAM MELAKA (UNIMEL) DAN COLLEGE OF MANAGEMENT TECHNOLOGY (CMT) CAMPUS, SRI LANKA

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa melalui Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) bersama College of Management Technology (CMT) Campus, Sri Lanka. Majlis bersejarah ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Tun Sri Lanang, Universiti Islam Melaka, dengan kehadiran delegasi CMT Campus yang diketuai oleh Dr. A.M. Jameel Ahamed Mohamed, […]

JALINAN KERJASAMA PERSEFAHAMAN ANTARABANGSA DI ANTARA UNIVERSITI ISLAM MELAKA (UNIMEL) DAN UNIVERSITAS ISLAM AN NUR LAMPUNG

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh jaringan antarabangsa melalui pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama Universitas Islam An Nur Lampung, Indonesia, dalam satu majlis rasmi yang diadakan di kampus UNIMEL. Delegasi dari Universitas Islam An Nur Lampung telah diketuai oleh Prof. Dr. Andi Warisno, Rektor, dan disambut mesra oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil […]

UNIMEL SERTAI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1447H/2025 PERINGKAT NEGERI MELAKA

Seramai 200 orang pelajar dan kakitangan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025 Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Perarakan yang bermula dari Bukit Serindit menuju ke Dataran Pusat Islam, Masjid Al-Azim, telah diketuai oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. […]

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Ke-68 Peringkat UNIMEL Disambut Meriah

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah melakar sejarah apabila Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Ke-68 peringkat universiti berlangsung dengan penuh semangat patriotisme di Stadium UNIMEL. Majlis gilang-gemilang itu telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL. Turut sama memeriahkan acara ialah YBrs. Ust. Hj. Zulkefli bin Abu Bakar, Timbalan Naib […]

Majlis Penutup Kursus Persediaan Timur Tengah (KPTT) 2025 Warnai Usaha Melahirkan Cendekiawan Islam Masa Hadapan

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Penutupan Kursus Persediaan Timur Tengah (KPTT) 2025 yang dianjurkan oleh Sekretariat Pengurusan Pelajar Luar Negara (S-PLAN) dengan kerjasama enam agensi kerajaan negeri Melaka iaitu Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), Sektor Pengajian Islam, UNIMEL, serta KAQSA. Kursus ini disertai oleh […]

Program Praktikum Cemerlang 5.0 Perkasa Kepimpinan & Profesionalisme Mahasiswa UNIMEL

Kelab Siswa Siswi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KESPAKK), Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah menganjurkan Program Praktikum Cemerlang 5.0: Pemacu Kepimpinan dan Profesionalisme Mahasiswa/i bertempat di Auditorium Ibn Khaldun, UNIMEL. Program ini telah menghimpunkan barisan tetamu jemputan antaranya Dr. Mazni Binti Muhammad, Dekan Fakulti Pendidikan; Puan Qalam Rabi’ah Binti Ibrahim, Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan merangkap Penyelaras KESPAKK; […]