PROGRAM MOBILITI PELAJAR MAKTAB ADABI MAHARANI MUAR PERKUKUH JALINAN AKADEMIK BERSAMA UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Seramai kira-kira 50 orang pelajar dari Maktab Adabi Maharani Muar telah mengadakan lawatan akademik ke Universiti Islam Melaka menerusi penganjuran Program Mobiliti Maktab Adabi–Universiti Islam Melaka 2025, yang bertujuan memperkukuh pendedahan awal pelajar terhadap persekitaran pembelajaran di institusi pengajian tinggi serta membuka ruang kerjasama strategik antara kedua-dua institusi. Delegasi Maktab Adabi Maharani Muar telah diketuai […]

ANAK PEMBANTU PEJABAT RAIH ANUGERAH CANSELOR UNIMEL

Walaupun dilahirkan dalam keluarga ‘biasa-biasa’ ia bukan penghalang untuk Nur Asyura Abd Aziz Shahrifuaddin, 25, membuktikan dirinya mampu cemerlang dan berjaya. Anak jati Malim itu, menjadi contoh terbaik usaha tidak mengkhianati hasil apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Melaka (UNIMEL) Ke-27, semalam. Nur Asyura yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda […]

H.E.R.O JADI TARIKAN MAJIKAN: GRADUAN UNIMEL TERUS JADI PILIHAN INDUSTRI

Graduan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus mencipta keyakinan dalam kalangan majikan apabila terbukti memenuhi kehendak pasaran kerja semasa dan tuntutan industri. Naib Canselor UNIMEL Prof. Datuk Ts. Dr. DHc. Abdul Khalil Shawkataly berkata langkah itu menjadi bukti atas pengiktirafan Anugerah Talentbank Malaysia Tahun 2025 yang diraih UNIMEL. Katanya, graduan yang dilahirkan UNIMEL bukan sahaja kompeten, […]

TRANSFORMASI UNIMEL PACU KECEMERLANGAN GRADUAN

Transformasi positif Universiti Islam Melaka (UNIMEL) dalam menjadi sebuah universiti unggul yang berupaya melahirkan graduan berkualiti semakin dirasai. Perkara itu diakui graduan universiti berkenaan yang sangat berpuas hati dengan fasiliti serta pentadbiran UNIMEL yang disifatkan sudah jauh berubah. Menurut graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan Islam UNIMEL, Ahmad Afiq Hamdan, 26, perubahan itu jelas ketara […]

UNIMEL DAPAT PUJIAN PELAJAR ANTARABANGSA

Melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi di Universiti Islam Melaka (UNIMEL) menjadi pengalaman amat berharga bagi seorang pelajar antarabangsa dari China, yang mengakui bahawa sokongan penuh universiti dan bimbingan penyelia menjadi kunci utama kejayaannya. Graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Dr. Zhang Kai, berkata pengalaman menamatkan PhD di UNIMEL selama tiga tahun merupakan […]

PELABURAN UNIMEL DALAM BIDANG SAINS KESIHATAN LAHIRKAN JURURAWAT BERKUALITI, KOMPETEN

Pelaburan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) dalam memenuhi keperluan pelajar dengan menyediakan persekitaran pembelajaran selesa, moden, mempersiapkan latihan klinikal dan ruang makmal membantu melahirkan graduan Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan yang kompeten. Perkara itu diakui Nazirul Azim Nazri, 28, penerima Anugerah Hadiah Pingat Emas pada Istiadat Konvokesyen UNIMEL Ke-27 di Pusat Dagangan Dunia Antarabangsa Melaka (MITC), […]

DATUK DR. ABDUL MONIR TERIMA PHD KEDUA PADA USIA 79 TAHUN

Pada usia 79 tahun, Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob membuktikan bahawa menuntut ilmu tidak mengenal batasan usia apabila menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) kedua pada Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Melaka (UNIMEL) ke-27 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini. Beliau yang menamatkan pengajian dalam bidang Sejarah di Institut Pengajian Siswazah UNIMEL turut […]

KEPIMPINAN BERWIBAWA PERLU DIPERKUKUH SETIAP GRADUAN UNIMEL

Kesemua graduan dilahirkan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) diharap dapat memperkukuh kepimpinan berwibawa dalam era ekonomi digital masa kini. Yang di-Pertua Negeri merangkap Canselor Unimel Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam berkata,keperibadian itu bukan sekadar meliputi kemampuan membuat keputusan atau mengurus pasukan, tetapi merangkumi nilai amanah, etika, keberanian moral, serta keupayaan memimpin perubahan secara […]

UNIMEL LAHIR GRADUAN HOLISTIK, SEIMBANG DALAM ILMU DAN SAHSIAH

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus melebarkan sayapnya dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja holistik, malah seimbang dalam ilmu dan sahsiah. Yang di-Pertua Negeri merangkap Canselor Unimel Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam berkata, graduan yang dilahirkan UNIMEL juga disifatkan kreatif dalam meneroka peluang baharu dengan bakat keusahawanan yang jita, selain berpegang teguh kepada […]

1,068 GRADUAN DIRAI PADA ISTIADAT KONVOKESYEN UNIMEL KE-27

Seramai 1,068 graduan diraikan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Melaka (UNIMEL) Ke-27, hari ini. Istiadat itu telah disempurnakan Yang di-Pertua Negeri merangkap Canselor UNIMEL Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini. Daripada jumlah tersebut, seramai 48 merupakan graduan pasca siswazah yang merangkumi sembilan pelajar tempatan dan […]