MAJLIS ANUGERAH DEKAN DAN APRESIASI PELAJAR SESI I 2025/2026
UNIMEL, 09 Januari 2025 – Majlis Anugerah Dekan dan Apresiasi Pelajar Sesi I 2025/2026 telah berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 10.45 pagi bertempat di Auditorium Ibn Khaldun, Universiti Islam Melaka. Majlis ini telah dirasmikan oleh Nur Rabiatuladawiah binti Abdul Rahman, Dekan Fakulti Undang-Undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa (FUG).
Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah Muhd Imran bin Mohd Azmi selaku wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Aniq Hakimi bin Kamaruzaman selaku Yang Dipertua LASCA, serta Muhammad Aiman Ashraf bin Khairolzinshah sebagai Pengarah Program. Program ini melibatkan seramai 143 orang penerima anugerah dan 52 orang urusetia, dengan penyertaan pelajar semester 1 dan 2.
Penganjuran majlis ini bertujuan mengiktiraf pencapaian akademik cemerlang pelajar FUG bagi Sesi I 2025/2026, di samping menyuntik semangat dan motivasi agar pelajar terus berusaha mencapai kecemerlangan secara konsisten serta membudayakan persaingan sihat dan pembentukan sahsiah seimbang.
Secara keseluruhan, majlis ini telah berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Ia bukan sahaja menjadi platform penghargaan kepada pelajar cemerlang, malah berperanan sebagai pemangkin motivasi kepada seluruh warga pelajar ke arah melahirkan graduan yang berdaya saing, berdisiplin dan berintegriti.