UNIMEL MENDUKUNG AMANAT TAHUN BAHARU KERAJAAN NEGERI MELAKA 2026

Melaka, 19 Januari 2026 – YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusof, Ketua Menteri Melaka, telah menyampaikan Amanat Tahun Baharu Kerajaan Negeri Melaka 2026 bertemakan “Tahun Pelaksanaan: Petunjuk Kemampanan, Menyelesaikan Amanah, Memperkukuh Prestasi”. Amanat tersebut menekankan kepentingan pelaksanaan dasar yang berimpak tinggi, akauntabiliti pentadbiran serta pemerkasaan prestasi dalam pembangunan negeri secara menyeluruh. Seiring dengan […]

UNIMEL PERKUKUH NILAI “RESPONSIBLE” MELALUI AMALAN KITAR SEMULA KAMPUS

Universiti Islam Melaka, 19 Januari 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh penghayatan nilai teras “Responsible” menerusi pelaksanaan amalan kitar semula secara menyeluruh di kampus sebagai sebahagian daripada agenda Kampus Sejahtera: UNIMEL Lestari dan Hijau. Inisiatif ini dilaksanakan selari dengan pembudayaan konsep H.E.R.O (Holistic, Entrepreneurial, Responsible dan Outstanding) dalam ekosistem universiti, sekali gus mencerminkan […]

PROGRAM PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI ANTARABANGSA DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Seramai 24 orang pelajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah UNIMEL telah berlepas ke Mekah dan Madinah bagi mengikuti Program Penempatan Latihan Industri Antarabangsa di Tanah Suci Program ini bertujuan memperkukuh pembelajaran berasaskan industri melalui pendedahan antarabangsa, melibatkan pengurusan operasi, kebajikan jemaah, pentadbiran dan pengurusan ibadah dalam persekitaran sebenar. Naib Canselor, Profesor Datuk Ts. Dr. Abdul […]

KUNJUNGAN HORMAT & PEMETERAIAN MOU ANTARA UNIVERSITI ISLAM MELAKA DAN UNIVERSITAS RESPATI INDONESIA

Melaka, 14 Januari 2026 – Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Profesor Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Universitas Respati Indonesia (URINDO), Jakarta, seramai 30 orang yang terdiri daripada pihak pengurusan, pensyarah dan pelajar. Delegasi URINDO diketuai oleh Tony Sugiarsoso, M.Kom, Pengasas Yayasan Pendidikan Respati, bersama Prof. Dr. […]

KUNJUNGAN HORMAT NAIB CANSELOR UNIMEL KEPADA KETUA PENGARAH JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Putrajaya, 13 Januari 2026 – Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Profesor Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Abdul Aziz, sebagai usaha memperkukuh jalinan strategik antara institusi pendidikan tinggi dan perkhidmatan awam negara. Kunjungan ini bertujuan […]

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA KEPADA NAIB CANSELOR UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Melaka, 12 Januari 2026 – Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Profesor Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Puan Nordina binti Harun, bertempat di kampus UNIMEL. Kunjungan ini menjadi platform perbincangan strategik bagi meneroka potensi kerjasama antara YKN dan UNIMEL, khususnya dalam […]

MAJLIS ANUGERAH DEKAN DAN APRESIASI PELAJAR SESI I 2025/2026

UNIMEL, 09 Januari 2025 – Majlis Anugerah Dekan dan Apresiasi Pelajar Sesi I 2025/2026 telah berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 10.45 pagi bertempat di Auditorium Ibn Khaldun, Universiti Islam Melaka. Majlis ini telah dirasmikan oleh Nur Rabiatuladawiah binti Abdul Rahman, Dekan Fakulti Undang-Undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa (FUG). Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah […]

PROGRAM KEEPERKU : SCOUT & WILD

Melaka, 3 Januari 2026 – Persatuan Pengakap Kelana Universiti Islam Melaka (UniMel) telah berjaya menganjurkan satu program khidmat masyarakat bertemakan flora dan fauna di Zoo Melaka, Ayer Keroh. Program yang diberi nama KeeperKu : Scout & Wild ini melibatkan penyertaan seramai 42 orang ahli aktif Pengakap Kelana UniMel dan bertujuan memupuk kesedaran terhadap pemeliharaan alam […]

DISKAUN KHAS SEMPENA KARNIVAL PASCASISWAZAH UNIMEL 2025

Golongan guru di seluruh negara kini berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dengan lebih mudah dan fleksibel apabila Universiti Islam Melaka (UNIMEL) memperkenalkan program pascasiswazah yang dirangka khusus bagi membangunkan pemimpin pendidikan masa hadapan. Program tersebut diumumkan sempena Karnival Pascasiswazah UNIMEL 2025, menerusi satu taklimat bertajuk Pembangunan Pemimpin Pendidikan Pascasiswazah yang disampaikan oleh Nor Maizatul […]

PROGRAM USAHAWAN DIGITAL PERKASA MODAL INSAN UNIMEL, SOKONG AGENDA SDG 4: PENDIDIKAN BERKUALITI

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) memperkukuh agenda pembangunan modal insan negara menerusi penganjuran Program Usahawan Digital dengan kerjasama strategik Maybank Islamic Berhad dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) sebagai usaha melahirkan graduan berdaya saing selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) selaras dengan aspirasi UNIMEL iaitu Kampus Sejahtera : UNIMEL Lestari dan hijau. Program yang menghimpunkan mahasiswa/i UNIMEL […]