ππππππ ππππππ ππππππ πππππ πππππ πππ ππππ
MELAKA, 22 Januari 2026 β Universiti Islam Melaka (UNIMEL) menegaskan komitmennya sebagai kampus bebas rokok dan vape yang meliputi seluruh kawasan universiti, melibatkan semua pelajar, staf serta pengunjung. Dasar ini dilaksanakan sebagai usaha berterusan universiti dalam memastikan kesejahteraan dan kesihatan komuniti kampus sentiasa terpelihara.
Penegasan status kampus bebas rokok dan vape ini mencerminkan pendirian tegas UNIMEL dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bersih, selamat dan kondusif. Inisiatif tersebut juga selari dengan aspirasi universiti untuk membudayakan gaya hidup sihat serta memupuk nilai tanggungjawab bersama dalam kalangan warga kampus.
Naib Canselor UNIMEL, Profesor Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Sharkataly, menegaskan bahawa pelaksanaan dasar kampus bebas rokok dan vape merupakan sebahagian daripada agenda strategik universiti dalam menjaga kesejahteraan fizikal dan mental warga UNIMEL.
βDasar ini bukan sekadar peraturan, tetapi satu komitmen menyeluruh universiti dalam membentuk persekitaran kampus yang sihat, lestari dan berdaya huni, selaras dengan aspirasi Kampus Sejahtera: UNIMEL Lestari dan Hijau,β katanya.
Sehubungan itu, semua pihak diseru untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan serta bersama-sama menghormati kesihatan dan kesejahteraan komuniti kampus.