Utama β€Ί Berita β€Ί Korporat
πŸ• 13/01/2026 03:12 PM

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ ππ€πˆπ π‚π€ππ’π„π‹πŽπ‘ π”ππˆπŒπ„π‹ πŠπ„ππ€πƒπ€ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π π€π–π€πŒ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

Putrajaya, 13 Januari 2026 – Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Profesor Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Abdul Aziz, sebagai usaha memperkukuh jalinan strategik antara institusi pendidikan tinggi dan perkhidmatan awam negara.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan potensi Jalinan Strategik Perkhidmatan Awam–Universiti, yang memposisikan UNIMEL sebagai rakan strategik kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dalam menyokong pembangunan perkhidmatan awam yang berwibawa, berintegriti dan berdaya saing. Perbincangan turut menekankan pemerkasaan nilai-nilai Islam yang selari dengan profesionalisme kontemporari dalam latihan, pembangunan kompetensi dan kepimpinan sektor awam.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Dato’ Jamalulail bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia; Rusli bin Harun, Timbalan Pengarah Kanan (Pembangunan Kompetensi), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); serta barisan pengurusan Universiti Islam Melaka.

UNIMEL merakamkan penghargaan atas kesudian pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia menerima kunjungan ini dan berharap kerjasama strategik yang dirintis dapat diterjemahkan melalui program bersama yang berimpak tinggi demi kecemerlangan perkhidmatan awam dan pembangunan modal insan negara.