Utama β€Ί Berita β€Ί Akademik
πŸ• 14/01/2026 06:26 PM

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ & ππ„πŒπ„π“π„π‘π€πˆπ€π πŒπ¨π” 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ πˆπ’π‹π€πŒ πŒπ„π‹π€πŠπ€ 𝐃𝐀𝐍 π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“π€π’ π‘π„π’ππ€π“πˆ πˆππƒπŽππ„π’πˆπ€

Melaka, 14 Januari 2026 – Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Profesor Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Universitas Respati Indonesia (URINDO), Jakarta, seramai 30 orang yang terdiri daripada pihak pengurusan, pensyarah dan pelajar.

Delegasi URINDO diketuai oleh Tony Sugiarsoso, M.Kom, Pengasas Yayasan Pendidikan Respati, bersama Prof. Dr. Cicilia Windiyaningsih, SKM., M.Kes, Rektor Universitas Respati Indonesia.

Kunjungan ini turut diserikan dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara UNIMEL dan URINDO yang menandakan komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama akademik dan pengantarabangsaan. Skop kerjasama yang dipersetujui merangkumi pelaksanaan program akademik termasuk program francais, pertukaran dan mobiliti akademik serta bukan akademik, penyelidikan dan penerbitan bersama, di samping penganjuran persidangan, seminar serta kursus jangka pendek.

Kerjasama strategik ini mencerminkan hasrat kedua-dua institusi untuk memperluas jaringan antarabangsa, memperkasa perkongsian kepakaran serta meningkatkan kualiti pendidikan tinggi di peringkat serantau dan global.

UNIMEL optimis bahawa kolaborasi ini akan memberi impak signifikan terhadap pembangunan akademik, penghasilan penyelidikan berkualiti dan usaha pengantarabangsaan universiti secara
mampan.