Utama β€Ί Berita β€Ί Korporat
πŸ• 12/01/2026 03:00 PM

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„π“π”π€ ππ„π†π€π–π€πˆ π„πŠπ’π„πŠπ”π“πˆπ… π˜π€π˜π€π’π€π πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ€πˆπ π‚π€ππ’π„π‹πŽπ‘ π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ πˆπ’π‹π€πŒ πŒπ„π‹π€πŠπ€

Melaka, 12 Januari 2026 – Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Profesor Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Puan Nordina binti Harun, bertempat di kampus UNIMEL.

Kunjungan ini menjadi platform perbincangan strategik bagi meneroka potensi kerjasama antara YKN dan UNIMEL, khususnya dalam memperkasa pembangunan sosial yang inklusif, mampan serta berimpak tinggi kepada komuniti. Antara fokus perbincangan termasuk peluang kolaborasi dalam program kebajikan, pembangunan modal insan dan inisiatif kesejahteraan masyarakat selari dengan aspirasi pendidikan dan tanggungjawab sosial universiti.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah pegawai kanan YKN, Ahmad Daniel bin Abdul Rahim (Pengarah I Pembangunan Fasiliti), Jumiati binti Ambo (Pengarah II Penyelarasan Strategik), Ahmad Zaki bin Musleh (Pengarah YKN Zon Selatan), serta Profesor Dato’ Dr. Hj. Abdul Razak bin Hj. Omar, Profesor Adjung UNIMEL, bersama barisan pengurusan Universiti Islam Melaka.

UNIMEL merakamkan penghargaan atas kunjungan hormat ini dan berharap hubungan strategik yang terjalin dapat diperkukuh demi manfaat bersama serta kesejahteraan masyarakat secara berterusan.