Utama Berita Umum
🕐 22/10/2025 04:05 PM
SDG 3: Good Health and Well-Being SDG 4: Quality Education SDG 17: Partnerships for the Goals

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN PENYERAHAN KUNCI MOCK DIALYSIS TRAINING CENTRE ANTARA UNIVERSITI ISLAM MELAKA DAN GEDUNG PENAWAR SDN. BHD.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Islam Melaka dan Gedung Penawar Sdn. Bhd. telah bertempat di bilik Mesyuarat Tun Sri Lanang, Universiti Islam Melaka. Penyerahan Kunci Mock Dialysis Training Centre pula telah dilaksanakan di Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan (FKSK), Universiti Islam Melaka.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkatally, Naib Canselor Universiti Islam Melaka, bersama Puan Adura binti Maso’od, Ketua Pegawai Eksekutif Gedung Penawar Sdn. Bhd. Kerjasama strategik ini menandakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara universiti dan industri, khususnya dalam bidang kejururawatan dan rawatan dialisis. Penubuhan Mock Dialysis Training Centre bukan sahaja berperanan sebagai pusat latihan profesional kepada pelajar UNIMEL, tetapi turut memberi manfaat kepada masyarakat.

Lebih bermakna, pembangunan pusat ini dilaksanakan berasaskan konsep pewaqafan perniagaan, yang diterajui oleh Gedung Penawar dan Universiti Islam Melaka — satu pendekatan yang menggabungkan elemen ilmu, amal, dan kebajikan dalam konteks pembangunan pendidikan moden.

UNIMEL merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Gedung Penawar atas kepercayaan dan komitmen dalam memperkukuh sinergi pendidikan serta usaha bersama memperkasa kesejahteraan ummah melalui bidang kesihatan dan latihan profesional.