PROGRAM IBADAH KORBAN UNIMEL AIDILADHA 1446H

ALHAMDULILLAH, Sempena sambutan Aidiladha 1446H, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah melaksanakan Program Ibadah Korban dengan jayanya pada 9 Jun 2025 bertempat di perkarangan Masjid Al-Ilmi, UNIMEL. Sebanyak seekor lembu dan seekor kambing telah dikorbankan dalam program yang penuh keberkatan ini. Pihak UNIMEL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Utama Ab […]

Majlis Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Melaka Berlangsung di Universiti Islam Melaka (UNIMEL)

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) sekali lagi mencatat sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai lokasi penganjuran Majlis Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Melaka yang berlangsung dengan penuh tertib dan berprestij. Majlis yang dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi negeri ini telah diketuai oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah […]

Gotong-Royong Perdana UNIMEL Semarak Semangat Kerjasama

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah mengadakan Program Gotong-Royong Perdana pada pagi ini dengan penuh semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan warga kampus. Program ini bertujuan untuk membersih, menceriakan dan mengindahkan persekitaran kampus demi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan harmoni. Kehadiran YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL, turut menyemarakkan […]

MAJLIS BERBUKA PUASA UNIMEL PERKUKUH UKHWAH DAN KEPRIHATINAN SOSIAL BERTEPATAN DENGAN MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG) 2: MEMBASMI KELAPARAN

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga UNIMEL bertempat di Masjid Al-Ilmi, UNIMEL. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Majlis yang berlangsung dengan penuh keberkatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga UNIMEL serta menyemai semangat kebersamaan di bulan Ramadan yang […]

ETIQA GENERAL TAKAFUL BERHAD DAN MAYBANK ISLAMIC BERHAD SERAHKAN ZAKAT KEPADA TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR UNIMEL DALAUNAN MAMPAN (SDG) 4 IAITU PENDIDIKAN BERKUALITI

Maybank Islamic Berhad telah menyalurkan sumbangan zakat berjumlah RM38,000.00 kepada Tabung Kebajikan Pelajar UNIMEL. Penyerahan simbolik tersebut diadakan sempena Majlis Berbuka Puasa di Masjid Al-Ilmi, Permatang Ilmu, UNIMEL, pada Khamis, 20 Mac 2025. Majlis menyaksikan Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Shahril Firdaus Siva bin Abdullah, Pengurus Maybank Islamic Cawangan Malim Jaya mewakili ibu pejabat Maybank […]

E-BIKE: INISIATIF LESTARI UNIMEL SOKONG SDG 7 UNTUK KEMUDAHAN PENGAWAL

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus komited dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 7 iaitu Tenaga Bersih dan Mampu Milik melalui inisiatif memperkenalkan penggunaan e-bike kepada pasukan pengawal keselamatan kampus. Majlis penyerahan e-bike ini berlangsung dengan penuh simbolik sempena Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Masjid Al-Ilmi, Permatang Ilmu, UNIMEL, pada Khamis, 20 Mac 2025. E-bike […]

PELAJAR UNIMEL DIANUGERAHKAN PRESTASI SUKARELA TERBAIK

L/Kpl Az Nur Athirah binti Azahar merupakan pelajar jurusan Sarjana Muda Kaunseling, Fakulti Sains Sosial, Universiti Islam Melaka. Beliau telah dianugerahkan Sijil Penghargaan Prestasi Sukarela Terbaik Tahun 2024 pada 9 Mac 2025 sempena Perbarisan Pembukaan Latihan Tahunan 2025 Rejimen 514 AW di Kem 514 Bukit Beruang, Melaka. Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi, komitmen, […]

33 PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERIMA ANUGERAH DEKAN

Seramai 33 pelajar Fakulti Pendidikan menerima Anugerah Dekan. Tujuan majlis seperti ini diadakan adalah untuk memberi tanda penghargaan kepada pelajar yang telah berusaha dalam mendapatkan keputusan yang baik dan menjadikan mereka sebagai pemangkin inspirasi kepada para mahasiswa/i Universiti Islam Melaka (UNIMEL). majlis dirasmikan oleh wakil Dekan Fakulti Pendidikan Dr.Mazni Binti Muhammad. Majlis ini di anjurkan […]

PROGRAM PRAKTIKUM CEMERLANG 4.0: BENGKEL ASAS MENGAJAR

Kelab Siswa Siswi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KESPAKK) dengan kerjasama Unit Praktikum Fakulti Pendidikan telah menganjurkan Program Praktikum Cemerlang 4.0: Bengkel Asas Mengajar pada 27 Februari 2025 bertempat di Auditorium Ibn Khaldun, Universiti Islam Melaka. Program ini khas untuk 134 mahasiswa dan mahasiswi Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Semester 5 sebagai persediaan sebelum menjalani latihan industri. Program […]

BACHELOR OF SYARIAH LAW CLUB ADAKAN BENGKEL PENDRAFAN DOKUMEN 2.0

Program Bengkel Pendrafan Dokumen 2.0 telah diadakan pada 27 Februari 2025 bertempat di Bilik 9&10 Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan, Universiti Islam Melaka. Program ini dirasmikan oleh Puan Shahrina binti Romli iaitu Penyelaras Kelab Bachelor of Syariah Law Club (BOSLAC) dengan kehadiran tetamu kehormat, Aniq Hakimi bin Kamaruzaman, Yang Dipertua Law and Syariah Student Association […]