PROGRAM IBADAH KORBAN UNIMEL AIDILADHA 1446H
ALHAMDULILLAH, Sempena sambutan Aidiladha 1446H, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah melaksanakan Program Ibadah Korban dengan jayanya pada 9 Jun 2025 bertempat di perkarangan Masjid Al-Ilmi, UNIMEL.
Sebanyak seekor lembu dan seekor kambing telah dikorbankan dalam program yang penuh keberkatan ini. Pihak UNIMEL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, atas sumbangan seekor lembu korban kepada Masjid Al-Ilmi, UNIMEL. Daging korban telah diagihkan kepada warga UNIMEL termasuk kakitangan, pelajar serta penduduk sekitar yang memerlukan.


Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada seluruh petugas ibadah korban yang telah bertungkus lumus dari awal pagi demi memastikan kelancaran program ini. Semoga segala usaha dan pengorbanan dicatat sebagai amal jariah di sisi Allah SWT.
Pengorbanan, Keikhlasan dan Kebersamaan.