PROGRAM ILMU, IMAN DAN INSTITUSI: JELAJAH TIGA SIMBOL KEBANGGAAN MALAYSIA
Program Ilmu, Iman dan Institusi: Jelajah Tiga Simbol Kebanggaan Malaysia telah berlangsung dengan jayanya melibatkan seramai 25 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Melaka (UNIMEL) bersama empat pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).
Antara pegawai yang hadir ialah Puan Siti Hajar Binti Abu Kassim, Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; Puan Siti Saedah Binti Dollah, Pegawai Rundingcara; Encik Khairol Izwan Bin Hamir Akhbar, Penolong Pegawai Tadbir; serta Puan Masita Binti Md Sahat, Penolong Kanan Tadbir.
Program yang dijadualkan berlangsung di tiga lokasi utama iaitu Bangunan Parlimen Malaysia, Muzium Negara dan Masjid Negara ini bertujuan memberi pendedahan kepada para mahasiswa tentang sistem demokrasi berparlimen, struktur serta fungsi Parlimen Malaysia termasuk proses penggubalan undang-undang, peranan Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara serta perjalanan persidangan Parlimen.
Selain itu, program ini turut mengetengahkan aspek seni bina Islam moden dan keunikan reka bentuk Masjid Negara sebagai lambang kemegahan Islam di Malaysia. Para pelajar juga diberi peluang mendalami sejarah perjuangan kemerdekaan, asal-usul negara serta evolusi budaya masyarakat Malaysia.
Walaupun berdepan cabaran, program ini tetap mencapai matlamat dalam menyemai semangat cintakan negara serta menyampaikan ilmu yang bermanfaat, selaras dengan mafhum hadis Rasulullah SAW: โSampaikanlah walau sepotong ayat.โ