Utama β€Ί Berita β€Ί Pelajar
πŸ• 10/08/2025 02:43 PM
SDG 3: Good Health and Well-Being SDG 4: Quality Education SDG 17: Partnerships for the Goals

Sukan Komuniti Fakulti Keilmuan Islam Kukuhkan Ukhuwah Mahasiswa UNIMEL

Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah berjaya menganjurkan Program Sukan Komuniti Fakulti Keilmuan Islam yang berlangsung selama tiga hari bertempat di Stadium Tariq Az-Ziyad, UNIMEL.

Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Azam Bin Yahya, Dekan Fakulti Keilmuan Islam, bersama Fatin Salwana Binti Mohd Nabhan, Timbalan Majlis Perwakilan Pelajar.

Seramai 338 mahasiswa/i Fakulti Keilmuan Islam telah mengambil bahagian dengan sokongan 68 orang urusetia yang memastikan kelancaran perjalanan program. Sepanjang tiga hari penganjuran, para peserta telah menyertai pelbagai aktiviti sukan dan riadah yang dijalankan pada petang Jumaat serta sepanjang hari pada Sabtu dan Ahad.

Menurut pihak penganjur, objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan pengurusan fakulti, melahirkan mahasiswa/i yang proaktif, cergas dan sihat tubuh badan, membentuk keseimbangan dalam akademik serta kokurikulum, di samping membantu meringankan tekanan sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai matlamat penganjuran dengan menyemai semangat kesukanan, mengukuhkan ukhuwah, serta melahirkan mahasiswa/i yang unggul dan seimbang dari segi ilmu, jasmani dan sahsiah. Pihak fakulti turut berharap manfaat serta pengalaman yang diperoleh melalui penganjuran ini akan terus memberi nilai tambah kepada mahasiswa/i, bukan sahaja sepanjang tempoh pengajian malah juga dalam kehidupan mendatang.