KARNIVAL MENJULANG KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU: WARISAN KELESTARIAN SENI DAN BUDAYA

Karnival Menjulang Kesenian dan Kebudayaan Melayu yang berlangsung sempena Karnival Universiti Islam Melaka (UNIMEL) pada 18–21 Disember mencatat sejarah tersendiri dalam usaha universiti memartabatkan seni dan budaya Melayu sepanjang 31 tahun penubuhannya. Penganjuran ini menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) melalui pendidikan tidak formal berasaskan seni dan budaya, pemerkasaan komuniti serta pengukuhan ekonomi kreatif, selari dengan […]
PENGLIBATAN UNIMEL DALAM KARNIVAL MASJID TANAH 2025: MOBILITI SOSIAL DAN KHIDMAT SARINGAN KESIHATAN KOMUNITI

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi prihatin masyarakat menerusi penglibatan aktif dalam Karnival Masjid Tanah 2025 yang berlangsung dari 18 hingga 21 Disember 2025, sekali gus menjadi platform penting mempererat hubungan universiti dan komuniti setempat. Penglibatan UNIMEL dizahirkan melalui penyertaan staf dan pelajar Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan yang menawarkan khidmat saringan […]
WACANA IKAT 2025 ANGKAT WARISAN SEJARAH SEBAGAI KHAZANAH DUNIA

Wacana IKaT 2025: Warisan Sejarah Khazanah Dunia berjaya menghimpunkan para sarjana, penyelidik serta pencinta ilmu dalam usaha memperkasa pemahaman dan kajian terhadap warisan sejarah sebagai khazanah dunia, khususnya berkaitan manuskrip dan tradisi keilmuan Melayu. Program ini telah berlangsung di Bangunan Lukman Hakim, Universiti Islam Melaka (UNIMEL). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Abdul Khalil Shawkataly, Naib […]
KARNIVAL MENJULANG KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU 1.0 2025 PERKASA WARISAN BANGSA

Pemerkasaan seni dan warisan budaya Melayu terus diperkukuh menerusi penganjuran Karnival Menjulang Kesenian dan Kebudayaan Melayu 1.0 2025 yang berlangsung di Stadium Tariq Ziyad, Universiti Islam Melaka (UNIMEL). Karnival ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Cik Ezlina binti Alias, Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka, dan turut dihadiri Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor […]
PELUNCURAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU NEGERI MELAKA: MIKROMOBILITI KAMPUS. UNIMEL MELANGKAH KE HADAPAN SEBAGAI KAMPUS HIJAU DAN LESTARI DENGAN PELUNCURAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU NEGERI MELAKA

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus komited terhadap pembangunan mampan dengan peluncuran Inisiatif Teknologi Hijau Negeri Melaka: Mikromobiliti Kampus, yang memfokuskan sistem mobiliti rendah karbon, mesra alam dan selamat dalam kawasan kampus. Majlis yang berlangsung di Auditorium Ibn Khaldun, UNIMEL ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Zulkiflee bin Mohd Zin, Timbalan EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, […]
UNIMEL METERAI MOU BERSAMA APTISI RIAU DAN UNIVERSITAS PERSADA BUNDA, RIAU, PERKUKUH PENDIDIKAN LESTARI SERANTAU

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Assosiasi Perguruan Tinggi Swasta Indonesia (APTISI) Wilayah Riau dan Universitas Persada Bunda, Riau Indonesia sebagai langkah strategik memperkukuh jaringan akademik dan kerjasama pendidikan tinggi di peringkat serantau. Kerjasama ini selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG), khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG […]
Majlis Penutup Minggu Mesra Siswa UNIMEL Sesi 2 2025/2026 Berlangsung Meriah

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah menganjurkan Majlis Penutup Minggu Mesra Siswa Sesi 2 2025/2026 sebagai penutup rasmi kepada rangkaian program orientasi pelajar baharu universiti tersebut. Majlis penutup ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor UNIMEL, Prof. Datuk Ts. Dr. DHc. Abdul Khalil Shawkataly. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Alumni dan […]
PROGRAM MOBILITI PELAJAR MAKTAB ADABI MAHARANI MUAR PERKUKUH JALINAN AKADEMIK BERSAMA UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Seramai kira-kira 50 orang pelajar dari Maktab Adabi Maharani Muar telah mengadakan lawatan akademik ke Universiti Islam Melaka menerusi penganjuran Program Mobiliti Maktab Adabi–Universiti Islam Melaka 2025, yang bertujuan memperkukuh pendedahan awal pelajar terhadap persekitaran pembelajaran di institusi pengajian tinggi serta membuka ruang kerjasama strategik antara kedua-dua institusi. Delegasi Maktab Adabi Maharani Muar telah diketuai […]
ANAK PEMBANTU PEJABAT RAIH ANUGERAH CANSELOR UNIMEL

Walaupun dilahirkan dalam keluarga ‘biasa-biasa’ ia bukan penghalang untuk Nur Asyura Abd Aziz Shahrifuaddin, 25, membuktikan dirinya mampu cemerlang dan berjaya. Anak jati Malim itu, menjadi contoh terbaik usaha tidak mengkhianati hasil apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Melaka (UNIMEL) Ke-27, semalam. Nur Asyura yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda […]
H.E.R.O JADI TARIKAN MAJIKAN: GRADUAN UNIMEL TERUS JADI PILIHAN INDUSTRI

Graduan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus mencipta keyakinan dalam kalangan majikan apabila terbukti memenuhi kehendak pasaran kerja semasa dan tuntutan industri. Naib Canselor UNIMEL Prof. Datuk Ts. Dr. DHc. Abdul Khalil Shawkataly berkata langkah itu menjadi bukti atas pengiktirafan Anugerah Talentbank Malaysia Tahun 2025 yang diraih UNIMEL. Katanya, graduan yang dilahirkan UNIMEL bukan sahaja kompeten, […]