UNIMEL ANJUR “UNIMEL INSIGHTS SERIES” PERKASA KEPIMPINAN FAKULTI DAN PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Islam Melaka (UNIMEL) menerusi Unit Latihan Pendidikan, Bahagian Pembangunan Institusi telah menganjurkan program UNIMEL Insights Series: Faculty Leadership, Academic and Research Management pada 14 Mei 2026 bertempat di Conference Room, Bangunan IT, Universiti Islam Melaka.
Program yang berlangsung bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang itu menghimpunkan barisan akademik dan pengurusan universiti dalam sesi perkongsian ilmu yang memberi fokus kepada aspek kepimpinan fakulti, kecemerlangan akademik serta pengurusan penyelidikan yang efektif dalam memperkukuh pembangunan institusi pendidikan tinggi

Sesi ini menampilkan tiga panel berpengalaman iaitu Profesor Madya Dr. Shaharudin Samsurijan, Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Paramjit Singh Jamir Singh, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan Industri-Komuniti) dan Profesor Madya Dr. Mardiana Idayu Ahmad, Dekan Pusat Pengajian Teknologi Industri di Universiti Sains Malaysia (USM) manakala Prof. Ts. Dr. Rohayati binti Mohd Isa, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Institusi, UNIMEL bertindak sebagai moderator.
Melalui perkongsian yang diadakan, para peserta didedahkan dengan pendekatan kepimpinan strategik, pengurusan akademik yang dinamik serta kaedah memperkasakan budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga akademik. Program ini turut menjadi platform pertukaran idea dan pengalaman dalam usaha memperkukuh tadbir urus fakulti serta meningkatkan impak institusi di peringkat nasional dan antarabangsa.
Naib Canselor UNIMEL, Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly berkata, penganjuran program seperti ini amat penting dalam membina budaya ilmu dan kepimpinan akademik yang progresif dalam kalangan warga universiti.



Menurut beliau, “UNIMEL komited untuk terus melahirkan barisan kepimpinan akademik yang kompeten, berwibawa dan berdaya saing. Program seperti UNIMEL Insights Series menjadi platform penting untuk memperkukuh jaringan ilmu, meningkatkan profesionalisme serta memperkasakan pengurusan akademik dan penyelidikan selaras dengan aspirasi universiti.” Beliau turut berharap agar sesi perkongsian seumpama ini dapat diteruskan secara berkala bagi memastikan warga akademik sentiasa bersedia menghadapi cabaran pendidikan tinggi yang semakin dinamik dan kompetitif.



Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan UNIMEL dalam memperkukuh ekosistem akademik dan penyelidikan demi melahirkan institusi pendidikan tinggi Islam yang unggul serta berimpak tinggi.
UNIMEL ORGANISES “UNIMEL INSIGHTS SERIES” TO STRENGTHEN FACULTY LEADERSHIP AND RESEARCH MANAGEMENT
Universiti Islam Melaka (UNIMEL), through its Education Training Unit under the Institutional Development Division, organised the UNIMEL Insights Series: Faculty Leadership, Academic and Research Management programme on 14 May 2026 at the Conference Room, IT Building, Universiti Islam Melaka.
The programme, which took place from 2.00 p.m. to 5.00 p.m., brought together academic staff and university management members in a knowledge-sharing session focusing on faculty leadership, academic excellence, and effective research management in strengthening the development of higher education institutions.
The session featured three experienced panelists: Associate Professor Dr. Shaharudin Samsurijan, Dean of the School of Social Sciences, Universiti Sains Malaysia (USM); Associate Professor Dr. Paramjit Singh Jamir Singh, Deputy Dean (Research, Innovation and Industry-Community Network); and Associate Professor Dr. Mardiana Idayu Ahmad, Dean of the School of Industrial Technology at USM. Meanwhile, Prof. Ts. Dr. Rohayati Mohd Isa, Deputy Vice Chancellor of Institutional Development at UNIMEL, served as the moderator.
Through the sharing sessions conducted, participants were exposed to strategic leadership approaches, dynamic academic management, as well as methods to empower the culture of research and innovation among academic staff. The programme also served as a platform for the exchange of ideas and experiences in efforts to strengthen faculty governance and enhance institutional impact at both national and international levels.
UNIMEL Vice Chancellor, Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly, stated that organising programmes such as this is highly important in cultivating a progressive culture of knowledge and academic leadership among university members.
According to him, “UNIMEL remains committed to producing a line of competent, credible, and competitive academic leaders. Programmes such as the UNIMEL Insights Series serve as an important platform to strengthen knowledge networks, enhance professionalism, and empower academic and research management in line with the university’s aspirations.”
He also expressed hope that similar sharing sessions would continue to be organised regularly to ensure that academic staff remain prepared to face the increasingly dynamic and competitive challenges of higher education.
The organisation of this programme reflects UNIMEL’s continuous commitment to strengthening the academic and research ecosystem in order to develop an outstanding and high-impact Islamic higher education institution.