Utama β€Ί Berita β€Ί Umum
πŸ• 04/05/2026 09:10 AM
SDG 4: Quality Education SDG 17: Partnerships for the Goals

EDUCATION ASPIRATION PROGRAM – UNIVERSITI ISLAM MELAKA, DUN AYER MOLEK

AYER MOLEK, MELAKA – Universiti Islam Melaka (UNIMEL), in collaboration with the Ayer Molek State Constituency (DUN Ayer Molek), successfully organised the UNIMEL Education Aspiration Programme – Ayer Molek State Constituency, bringing together 100 final-semester students to provide early exposure to higher education pathways and opportunities for further studies.

The programme was officiated by YB Datuk Rahmad bin Mariman, Melaka State Executive Councillor for Education, Higher Education and Religious Affairs, as well as the State Assemblyman (ADUN) for Ayer Molek. In his address, he emphasised the importance of higher education in developing quality human capital and enabling young people to make informed decisions when selecting academic disciplines that align with their interests, talents, and industry demands.

UNIMEL Vice Chancellor, Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, highlighted the pivotal role of education in shaping individuals and nation-building.

β€œEducation is not merely an academic pathway, but the foundation for shaping future generations and driving national development.”

Throughout the programme, participants engaged in a series of interactive sessions, including guidance on selecting academic programmes, alumni sharing sessions, and briefings on educational financing opportunities. These sessions provided valuable insights to help students plan their educational and career pathways with greater confidence after completing their current studies.

The programme reflects UNIMEL’s commitment to expanding access to higher education through meaningful community engagement while nurturing knowledgeable, competitive, and future-ready graduates. This initiative also supports the United Nations Sustainable Development Goals (SDGs), particularly SDG 4: Quality Education, by promoting equitable access to quality higher education and lifelong learning opportunities. Furthermore, the collaboration between UNIMEL and the Ayer Molek State Constituency exemplifies SDG 17: Partnerships for the Goals, highlighting the importance of strategic partnerships between higher education institutions and government stakeholders in advancing human capital development.

UNIMEL remains committed to expanding community outreach initiatives that inspire and empower more students to pursue higher education, ultimately producing graduates with integrity, resilience, and the capabilities to contribute meaningfully to the development of both the state and the nation.

Guiding Today, Shaping Tomorrow.


PROGRAM ASPIRASI PENDIDIKAN UNIVERSITI ISLAM MELAKA – DUN AYER MOLEK

AYER MOLEK, MELAKA – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) dengan kerjasama DUN Ayer Molek telah menganjurkan Program Aspirasi Pendidikan Universiti Islam Melaka – DUN Ayer Molek, yang berjaya menghimpunkan seramai 100 pelajar semester akhir bagi memberikan pendedahan awal mengenai laluan ke pendidikan tinggi serta peluang melanjutkan pengajian.

Program tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa pendidikan tinggi merupakan elemen penting dalam membentuk modal insan berkualiti, sekali gus membantu generasi muda membuat keputusan yang tepat dalam memilih bidang pengajian yang bersesuaian dengan minat, bakat dan keperluan industri.

Naib Canselor UNIMEL, Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, turut menekankan bahawa pendidikan merupakan asas utama kepada pembangunan individu dan negara.

β€œPendidikan bukan sekadar laluan akademik, tetapi asas membentuk masa depan generasi dan pembangunan negara.”

Sepanjang program berlangsung, para peserta mengikuti pelbagai slot interaktif yang memberi manfaat, antaranya panduan memilih bidang pengajian, perkongsian pengalaman oleh alumni serta sesi penerangan mengenai peluang dan kemudahan pembiayaan pendidikan. Pendedahan ini diharap dapat membantu para pelajar merancang hala tuju pendidikan dan kerjaya dengan lebih yakin selepas menamatkan pengajian.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen UNIMEL dalam memperkasakan akses kepada pendidikan tinggi melalui pendekatan yang dekat dengan masyarakat, sekali gus menyokong usaha melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. Inisiatif ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs), khususnya SDG 4: Quality Education, yang menekankan penyediaan akses kepada pendidikan berkualiti dan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua. Kerjasama strategik antara UNIMEL dan DUN Ayer Molek dalam menjayakan program ini juga mencerminkan aspirasi SDG 17: Partnerships for the Goals, melalui pengukuhan sinergi antara institusi pendidikan tinggi dan agensi kerajaan demi pembangunan modal insan.

UNIMEL akan terus komited memperluaskan program jangkauan komuniti seperti ini bagi memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendedahan kepada peluang pendidikan tinggi, seterusnya melahirkan graduan yang berintegriti, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan negeri serta negara.

Membimbing hari ini, mencorak masa depan.