Utama โ€บ Berita โ€บ Umum
๐Ÿ• 16/08/2026 06:45 PM

UNIMEL HONOURS PUAN ZALINAH BINTI HJ. RAMLI FOR 29 YEARS OF DEDICATED SERVICE

MELAKA, 16 August 2026 โ€“ Universiti Islam Melaka (UNIMEL) extends its highest appreciation and gratitude to Puan Zalinah binti Hj. Ramli, Senior Assistant Registrar of UNIMEL, who has concluded her service after more than 29 years of dedicated contribution and service to the university.

Twenty-nine years is more than just a number. It represents a remarkable journey filled with dedication, loyalty, sacrifice and perseverance in carrying out the responsibilities entrusted to her.

Throughout her tenure, Puan Zalinah made meaningful contributions to the development and progress of UNIMEL. Her commitment, dedication and diligence in fulfilling her responsibilities have become an integral part of the universityโ€™s history and journey.

Retirement is not the end of a journey, but rather the beginning of a new chapter in life. It is hoped that this new phase will bring Puan Zalinah greater peace, happiness and fulfilment as she spends more quality time with her family and loved ones.

The entire Universiti Islam Melaka community wishes Puan Zalinah continued good health, a long and blessed life, abundant happiness, and that she will always be surrounded by the mercy and blessings of Allah SWT.

Happy Retirement, Puan Zalinah.

Thank you for 29 meaningful years of dedicated service. Your contributions will be remembered, your kindness cherished, and your dedication will remain a lasting part of Universiti Islam Melakaโ€™s history.


UNIMEL RAKAM PENGHARGAAN BUAT PUAN ZALINAH BINTI HJ. RAMLI ATAS 29 TAHUN BAKTI

MELAKA, 16 Ogos 2026 โ€“ Universiti Islam Melaka (UNIMEL) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Zalinah binti Hj. Ramli, Penolong Pendaftar Kanan UNIMEL, yang telah menamatkan perkhidmatan setelah lebih 29 tahun mencurahkan bakti dan khidmat kepada universiti.

Tempoh 29 tahun bukan sekadar angka, malah merupakan satu perjalanan panjang yang sarat dengan dedikasi, kesetiaan, pengorbanan dan ketekunan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, Puan Zalinah telah memberikan sumbangan yang bermakna dalam mendukung perjalanan dan perkembangan UNIMEL. Komitmen serta kesungguhan beliau dalam melaksanakan tanggungjawab telah menjadi sebahagian daripada sejarah dan perjalanan universiti.

UNIMEL merakamkan penghargaan atas segala sumbang bakti, komitmen serta amanah yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh perkhidmatan. Segala jasa dan kebaikan yang dicurahkan pastinya akan terus dikenang oleh warga universiti.

Persaraan ini bukanlah noktah kepada sebuah perjalanan, sebaliknya menjadi permulaan kepada lembaran kehidupan yang baharu. Diharapkan alam persaraan akan memberikan ruang untuk menikmati kehidupan yang lebih tenang, bahagia dan bermakna bersama keluarga serta insan tersayang.

Seluruh warga Universiti Islam Melaka mendoakan agar Puan Zalinah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dalam keberkatan, dilimpahkan kebahagiaan serta sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Selamat bersara, Puan Zalinah.

Terima kasih atas 29 tahun yang penuh makna. Jasa dikenang, budi disanjung, bakti tetap terpahat dalam sejarah Universiti Islam Melaka.