🕐 17/11/2026 05:29 PM
SDG 9: Industry, Innovation and Infrastructure

UNIMEL SECURES THREE MOHE GET RESEARCH GRANTS 2026, STRENGTHENING UNIVERSITY RESEARCH EXCELLENCE

PUTRAJAYA, 17 November 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) has achieved another significant milestone by successfully securing three Exploratory and Transformative Research (GET) Grants from the Ministry of Higher Education (MOHE) for 2026, with a total funding allocation of RM481,000.

This inaugural achievement demonstrates the capabilities and competencies of UNIMEL researchers in competing at the national level, while reflecting the university’s potential to produce high-quality research that addresses current needs and contributes to solving societal challenges and national development.

The achievement also serves as a catalyst for advancing UNIMEL’s research landscape, particularly in strengthening the university’s niche research areas, enhancing researchers’ expertise and expanding strategic collaborations with higher education institutions, industries, government agencies and communities.

One of UNIMEL’s strategic research focus areas is waqf research, particularly in developing innovative and sustainable waqf management, financing and governance models. This initiative has the potential to strengthen the role of waqf as an instrument for educational development, economic growth and social well-being, in line with the evolving needs of society.

As a university wholly owned by the Melaka State Government, UNIMEL is also committed to positioning research as a platform for contributing to state and national development through the generation of knowledge, models and innovative approaches with potential applications at institutional, state and national levels.

Efforts to strengthen the research agenda are also aligned with the Sustainable Development Goals (SDGs), particularly in the areas of quality education, economic growth, reduced inequalities and societal well-being. This approach enables research findings to be translated into practical solutions that deliver sustainable benefits to the community.

Recognition of this achievement was marked by the presentation of the grant award certificates to YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Vice-Chancellor of UNIMEL, during the Department of Higher Education (JPT) Research Grant Award Ceremony held at Dewan Putra A, Putrajaya International Convention Centre (PICC), on 17 November 2026.

The certificates were presented by YBhg. Datuk Professor Dr. Azlinda Azman, Director-General of Higher Education, Ministry of Higher Education Malaysia.

The ceremony was held in conjunction with the Putrajaya Festival of Ideas (Putrajaya FOI) 2026, which took place from 17 to 19 November 2026 under the theme “Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani” (Malaysia’s Future: Envisioning Technology, Elevating Humanity). The festival serves as a platform for thinkers, researchers and innovators to showcase ideas, discoveries and innovative solutions that will help shape the nation’s future.

Securing the three MOHE GET research grants not only strengthens UNIMEL’s research reputation and credibility but also creates greater opportunities for developing research expertise, expanding collaborative networks and producing high-impact research.

This achievement also marks an important milestone in UNIMEL’s aspiration to strengthen its position as a higher education institution that not only emphasises academic excellence but also actively contributes to knowledge exploration, innovation and research development for the benefit of society.

UNIMEL remains committed to expanding its research potential through strategic and university-identified niche areas, while contributing to the advancement of knowledge and the development of Melaka, the nation and the global community.


UNIMEL RAIH TIGA GERAN GET KPT 2026, PERKUKUH KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI

PUTRAJAYA, 17 November 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila berjaya memperoleh tiga Geran Penyelidikan Eksploratori dan Transformatif (GET) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi tahun 2026, dengan jumlah keseluruhan pembiayaan sebanyak RM481,000.

Kejayaan sulung ini membuktikan keupayaan dan kompetensi penyelidik UNIMEL dalam bersaing di peringkat kebangsaan, sekali gus mencerminkan potensi universiti untuk menghasilkan penyelidikan berkualiti tinggi yang relevan dengan keperluan semasa serta mampu menyumbang kepada penyelesaian isu masyarakat dan pembangunan negara.

Pencapaian ini turut menjadi pemangkin kepada perkembangan landskap penyelidikan UNIMEL, khususnya dalam memperkukuh bidang tujahan universiti, meningkatkan kepakaran penyelidik serta memperluas jaringan kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi, industri, agensi kerajaan dan komuniti.

Antara bidang yang menjadi fokus strategik penyelidikan UNIMEL ialah penyelidikan wakaf, khususnya berkaitan pembangunan model pengurusan, pembiayaan dan tadbir urus wakaf yang inovatif serta mampan. Usaha ini berpotensi memperkasakan peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan pendidikan, ekonomi dan kesejahteraan sosial, selaras dengan keperluan pembangunan masyarakat.

Sebagai universiti milik penuh Kerajaan Negeri Melaka, UNIMEL turut komited menjadikan penyelidikan sebagai platform untuk menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara melalui penghasilan ilmu, model serta pendekatan baharu yang berpotensi dimanfaatkan pada peringkat institusi, negeri dan nasional.

Usaha memperkukuh agenda penyelidikan ini juga selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDGs), khususnya dalam aspek pendidikan berkualiti, pertumbuhan ekonomi, pengurangan ketidaksamaan dan kesejahteraan masyarakat. Pendekatan ini membolehkan hasil penyelidikan diterjemahkan kepada penyelesaian praktikal yang memberikan manfaat berterusan kepada masyarakat.

Pengiktirafan terhadap kejayaan tersebut disempurnakan menerusi penyampaian sijil penganugerahan geran kepada YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL, dalam Majlis Penyampaian Geran Penyelidikan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) yang berlangsung di Dewan Putra A, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada 17 November 2026.

Sijil penganugerahan berkenaan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Majlis tersebut diadakan bersempena Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2026 yang berlangsung pada 17 hingga 19 November 2026, bertemakan “Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani”. Festival ini menjadi platform pertemuan pemikir, penyelidik dan inovator dalam mengetengahkan idea, penemuan serta penyelesaian inovatif bagi mencorakkan masa hadapan negara.

Kejayaan memperoleh tiga geran GET KPT ini bukan sahaja memperkukuh reputasi dan kredibiliti penyelidikan UNIMEL, malah membuka peluang lebih luas kepada pembangunan kepakaran penyelidik, peningkatan jaringan kolaborasi serta penghasilan penyelidikan yang berimpak tinggi.

Pencapaian ini turut menandakan perkembangan penting dalam aspirasi UNIMEL untuk terus memperkukuh kedudukannya sebagai institusi pendidikan tinggi yang bukan sahaja menitikberatkan kecemerlangan akademik, malah aktif dalam penerokaan ilmu, penghasilan inovasi dan pembangunan penyelidikan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

UNIMEL komited untuk terus memperluas potensi penyelidikan melalui bidang tujahan yang strategik dan beridentitikan universiti, sekali gus menyumbang kepada kemajuan ilmu pengetahuan serta pembangunan Melaka, negara dan masyarakat sejagat.