Utama Berita Umum
🕐 08/05/2026 07:44 AM

UNIMEL SERTAI SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT ZON SELATAN 2026

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mempelawa orang ramai hadir ke Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Selatan 2026 yang berlangsung pada 8 hingga 10 Mei 2026 di Dataran Pengisytiharan Kemerdekaan.

Sepanjang program, UNIMEL menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk penerangan program Prasiswazah dan Pascasiswazah, ujian psikometrik serta konsultasi sambung belajar melalui saluran APEL A.

Penyertaan ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai peluang pendidikan dan laluan akademik yang ditawarkan oleh UNIMEL.