UNIMEL PERKASA PEMBANGUNAN KURSUS PENSIJILAN MELALUI BENGKEL KHAS FAKULTI KEILMUAN ISLAM
Melaka, 28 April 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi pendidikan tinggi yang responsif terhadap keperluan semasa apabila menganjurkan Bengkel Pembinaan Modul Kursus Pensijilan Fakulti yang berlangsung di Fakulti Keilmuan Islam (FKI), UNIMEL.
Bengkel yang melibatkan seramai 30 orang pensyarah FKI ini bertujuan memberi pendedahan serta panduan praktikal kepada para akademik dalam membangunkan kursus pensijilan yang berkualiti, relevan dan berdaya saing. Inisiatif ini selaras dengan usaha universiti dalam memperluas penawaran program pembelajaran sepanjang hayat serta memperkasa kebolehpasaran graduan.
Program ini telah disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Rohayati binti Mohd Isa, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Institusi), yang berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam pembangunan program akademik berimpak tinggi.


Dalam sesi tersebut, para peserta telah didedahkan kepada pendekatan strategik dalam mengenal pasti kursus kursus berpotensi untuk dipensijilkan, termasuk keperluan industri, kebolehpasaran, serta aspek pematuhan kepada standard akademik semasa. Selain itu, bengkel ini turut memberi penekanan kepada kaedah pembangunan modul yang sistematik dan berstruktur bagi memastikan setiap kursus yang ditawarkan memenuhi keperluan pasaran serta mampu memberikan nilai tambah kepada peserta.
Penganjuran bengkel ini dilihat sebagai langkah proaktif Fakulti Keilmuan Islam dalam memperkasa peranan pensyarah bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, malah sebagai pemangkin inovasi dalam pembangunan program akademik. Ia juga mencerminkan komitmen UNIMEL dalam memperluas akses pendidikan melalui penawaran kursus pensijilan yang fleksibel dan berimpak tinggi.


Secara keseluruhannya, bengkel ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak kursus pensijilan yang berkualiti, sekaligus menyumbang kepada pengukuhan jenama UNIMEL sebagai The Preferred Islamic State University serta hab pendidikan yang dinamik dan relevan dengan keperluan semasa.
UNIMEL STRENGTHENS CERTIFICATION COURSE DEVELOPMENT THROUGH SPECIALISED WORKSHOP BY FACULTY OF ISLAMIC STUDIES
MELAKA, 28 April 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) continues to reinforce its role as a forward-looking higher education institution by organising a Faculty Certification Course Module Development Workshop at the Faculty of Islamic Studies (FKI).
The workshop, attended by 30 FKI lecturers, aimed to equip academics with practical guidance in designing high quality, relevant, and competitive certification courses. This initiative aligns with the university’s efforts to expand lifelong learning opportunities and enhance graduate employability.
The session was led by Prof. Ts. Dr. Rohayati Mohd Isa, Deputy Vice Chancellor (Institutional Development), who shared her expertise in developing impactful academic programmes. Participants were introduced to strategic approaches in identifying potential certification courses, including aligning offerings with industry needs, employability outcomes, and current academic standards.
In addition, the workshop emphasised systematic and structured module development to ensure that each course delivers real market value and meets evolving educational demands.
The programme reflects a proactive step by the Faculty of Islamic Studies in empowering lecturers not only as educators, but also as drivers of innovation in academic programme development. It also underscores UNIMEL’s commitment to expanding access to flexible, high-impact certification courses.
Overall, the workshop is expected to catalyse the development of more quality certification programmes, further strengthening UNIMEL’s position as The Preferred Islamic State University and a dynamic, industry-relevant education hub.