Utama Berita Umum
🕐 06/03/2026 02:15 PM

UNIMEL SANTUNI 750 WARGA KAMPUS DAN KOMUNITI DALAM MAJLIS RAMADAN MADANI

ALOR GAJAH, 6 MAC 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh ukhuwah melalui penganjuran Program Ramadan MADANI 2026 yang berlangsung dengan penuh keberkatan pada hari ini. Majlis yang diadakan di Auditorium Ibn Khaldun dan Dataran Budiman ini telah menghimpunkan seramai 750 orang hadirin yang terdiri daripada mahasiswa UNIMEL, pelajar sekolah menengah dan rendah, serta kakitangan universiti.

Yang Berbahagia Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL, dalam ucapannya menyatakan bahawa pelaksanaan program ini selaras dengan aspirasi MADANI untuk memperkukuh pembangunan rohani dan memupuk keharmonian sosial.

Antara pengisian utama majlis adalah penyampaian sumbangan kebajikan yang berjumlah keseluruhan RM60,500.00. Daripada jumlah tersebut:

-Seramai 100 orang pelajar kategori B40 menerima sumbangan tunai sebanyak RM100.00 seorang (berjumlah RM10,000.00).

-UNIMEL menerima bantuan pembangunan INFRA bernilai RM3,000.00.

-Seramai 10 orang staf UNIMEL turut menerima sumbangan infaq bersempena bulan Ramadan sebagai tanda keprihatinan universiti.

Majlis diakhiri dengan acara berbuka puasa bersama di Dataran Budiman, yang turut melibatkan pelaksanaan program Iftar, moreh, dan sahur bagi menyantuni para pelajar.

Inisiatif ini merupakan manifestasi komitmen UNIMEL dalam memastikan kebajikan warganya sentiasa terjaga di samping meraikan semangat infak di bulan yang mulia ini.


UNIMEL ENGAGES 750 CAMPUS MEMBERS AND COMMUNITY THROUGH RAMADAN MADANI PROGRAM

ALOR GAJAH, 6 March 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) continues to strengthen the spirit of unity and compassion through the organisation of the Ramadan MADANI 2026 Programme, held in a meaningful and blessed atmosphere today.

The event, which took place at the Ibn Khaldun Auditorium and Dataran Budiman, brought together a total of 750 participants comprising UNIMEL students, primary and secondary school students, as well as university staff.

In his speech, the Vice Chancellor of UNIMEL, Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly, emphasised that the programme aligns with the MADANI aspirations in strengthening spiritual development and fostering social harmony.

A key highlight of the event was the distribution of welfare contributions amounting to a total of RM60,500.00. Of this amount:

  • 100 students from the B40 category received cash assistance of RM100.00 each (totalling RM10,000.00)
  • UNIMEL received infrastructure development support worth RM3,000.00
  • 10 UNIMEL staff members received infaq contributions in conjunction with the month of Ramadan as a gesture of care and solidarity

The programme concluded with a communal iftar at Dataran Budiman, which also included moreh and sahur initiatives aimed at supporting and engaging students throughout the holy month.

This initiative reflects UNIMEL’s ongoing commitment to safeguarding the welfare of its community while embracing the spirit of giving during the blessed month of Ramadan.