UNIMEL SEMARAKKAN KEMPEN INFAQ RAMADAN MENERUSI EDARAN BUBUR LAMBUK
MELAKA, 03 Mac 2026 – Bersempena bulan Ramadan al-Mubarak, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus menyemarakkan Kempen Infaq Ramadan menerusi program edaran bubur lambuk kepada para pelajar dan staf di kampus, baru-baru ini.
Majlis penyerahan juadah tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMEL, Abdul Khalil Shawkataly dalam suasana penuh ceria dan semangat kebersamaan. Tradisi tahunan ini kembali mewarnai kampus sebagai simbol keprihatinan serta budaya berkongsi rezeki dalam kalangan warga universiti.
Paling istimewa pada tahun ini, sebanyak tiga periuk besar bubur lambuk telah dimasak hasil sumbangan dan infaq warga kampus. Program agihan ini bukan sekadar acara berbuka puasa, malah merupakan manifestasi jelas komitmen UNIMEL dalam membudayakan amalan bersedekah dan memperkukuh nilai empati sesama komuniti.
Menurut Naib Canselor, kempen infaq yang dilaksanakan mencerminkan semangat solidariti dan tanggungjawab sosial warga universiti. “Saya menyeru seluruh warga UNIMEL untuk terus membudayakan amalan berinfaq. Agihan hari ini adalah terjemahan langsung daripada semangat perkongsian rezeki dan keprihatinan kita sesama warga kampus,” ujar beliau.
Program ini turut menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara pengurusan, staf dan pelajar, sekali gus menyemarakkan suasana Ramadan dengan nilai kasih sayang dan kebersamaan.
Semoga setiap sumbangan infaq yang dihulurkan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda, dan juadah bubur lambuk yang diagihkan membawa keceriaan serta keberkatan kepada seluruh warga UNIMEL ketika berbuka puasa.
UNIMEL ENLIVENS RAMADAN INFAQ CAMPAIGN THROUGH BUBUR LAMBUK DISTRIBUTION
MELAKA, 3 March 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) continued its Ramadan Infaq Campaign by organising a bubur lambuk distribution programme for students and staff on campus in conjunction with the holy month of Ramadan.
The distribution ceremony was officiated by the Vice Chancellor, Abdul Khalil Shawkataly, in a lively and communal atmosphere. This annual tradition once again brought vibrancy to the campus, symbolising care, generosity, and the spirit of sharing within the university community.
A key highlight this year was the preparation of three large pots of bubur lambuk, made possible through contributions and infaq from members of the campus community. Beyond serving as an iftar initiative, the programme reflects UNIMEL’s commitment to fostering a culture of giving and strengthening empathy among its members.
According to the Vice Chancellor, the infaq campaign embodies the values of solidarity and social responsibility within the university. “I encourage all members of the UNIMEL community to continue embracing the culture of infaq. Today’s distribution reflects our shared spirit of generosity and care for one another,” he said.
The programme also served as a platform to strengthen ties between management, staff, and students, while enhancing the spirit of togetherness during Ramadan.
It is hoped that every contribution will be rewarded abundantly, and that the distributed bubur lambuk brings joy and blessings to the UNIMEL community during iftar.