MALAM APRESIASI WARGA UNIMEL 2026 MERIAH,SEMARAKKAN SEMANGAT “KITA UNIMEL, SATU KELUARGA”
MELAKA, 16 Februari 2026 – Malam Apresiasi Warga Universiti Islam Melaka (UNIMEL) 2026 berlangsung penuh makna dan penghargaan sempena Sambutan Hari Warga UNIMEL bertemakan “Kita UNIMEL, Satu Keluarga” yang diadakan di Holiday Inn Melaka.
Majlis yang menghimpunkan seluruh warga universiti ini menjadi simbol penghargaan institusi terhadap dedikasi,
kesetiaan serta sumbangan berterusan warga kerja dalam memacu kecemerlangan universiti. Suasana penuh harmoni dan semangat kekeluargaan jelas terpancar sepanjang berlangsungnya acara yang dinanti-nantikan saban tahun ini.
Acara dimulakan dengan ketibaan warga universiti serta barisan pengurusan tertinggi, disusuli ucapan perasmian oleh Naib Canselor UNIMEL, Abdul Khalil Shawkataly. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan kebersamaan, komitmen serta pembudayaan kerja berprestasi tinggi dalam mendepani landskap pendidikan tinggi yang semakin mencabar.
“Tema ‘Kita UNIMEL, Satu Keluarga’ bukan sekadar slogan, tetapi manifestasi kepada kekuatan sebenar institusi ini yang terletak pada kesatuan hati, integriti dan iltizam seluruh warganya,” ujar beliau.






Sepanjang malam tersebut, pelbagai pengisian menarik dipersembahkan termasuk persembahan kontinjen, jamuan makan malam serta penyampaian anugerah sebagai tanda penghargaan kepada warga yang telah menabur bakti. Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Wira Bakti bagi staf bersara serta Anugerah Wira Setia, Wira Cemerlang, Wira Gemilang (Staff of the Year) dan Anugerah Citra Ilmuan bagi staf cemerlang.
Kemuncak majlis diserikan dengan cabutan bertuah perdana yang menceriakan suasana serta penyampaian hadiah kepada juara Hari Warga UNIMEL 2026, sekali gus menutup tirai acara dengan penuh kegembiraan dan kenangan indah.
Malam Apresiasi ini bukan sekadar acara tahunan, malah menjadi manifestasi nilai kekeluargaan, penghargaan dan semangat kebersamaan yang menjadi teras kekuatan UNIMEL sebagai institusi berteraskan ilmu, integriti dan amanah dalam melahirkan warga kerja yang komited serta berdaya saing.
UNIMEL APPRECIATION NIGHT 2026 CELEBRATES UNITY AND TEAM SPIRIT UNDER THE THEME “ONE UNIMEL, ONE FAMILY”
MELAKA, 16 February 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) hosted its Appreciation Night 2026 in a vibrant and meaningful celebration held in conjunction with UNIMEL Staff Day, themed “One UNIMEL, One Family,” at Holiday Inn Melaka.
The event brought together the entire university community, serving as a platform to recognise the dedication, loyalty, and contributions of its workforce in driving institutional excellence. The evening was marked by a strong sense of unity and camaraderie, reflecting the spirit of togetherness that defines the UNIMEL community.
The programme began with the arrival of staff and senior management, followed by an opening address by the Vice Chancellor, Abdul Khalil Shawkataly. In his speech, he emphasised the importance of unity, commitment, and a high-performance work culture in navigating the increasingly competitive higher education landscape.
“The theme ‘One UNIMEL, One Family’ is not merely a slogan, but a reflection of the institution’s true strength—its unity, integrity, and collective commitment,” he said.
The evening featured a range of engaging activities, including contingent performances, a gala dinner, and an awards ceremony recognising outstanding staff contributions. Among the awards presented were the Wira Bakti Award for retired staff, as well as the Wira Setia, Wira Cemerlang, Wira Gemilang (Staff of the Year), and Citra Ilmuan Award for exemplary personnel.
The highlight of the night was the grand lucky draw and prize presentation for the winners of UNIMEL Staff Day 2026, bringing the event to a lively and memorable close.
More than just an annual celebration, the Appreciation Night reflects UNIMEL’s enduring values of recognition, unity, and shared purpose—key pillars that continue to strengthen the institution as a dynamic and competitive centre of higher learning.