Utama Berita Umum
🕐 09/02/2026 06:48 PM

PERUTUSAN NAIB CANSELOR 2026: PECUTAN REPUTASI, PEMERKASAAN PRESTASI

KUALA SUNGAI BARU, 9 Februari 2026 – Naib Canselor UNIMEL, Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, menggariskan tahun 2026 sebagai tahun evolusi strategik yang akan memperkukuh kedudukan universiti sebagai institusi Islam yang relevan, berimpak tinggi dan disegani di peringkat nasional serta antarabangsa.

Dalam amanat tahunannya yang bertemakan “Evolusi untuk Relevan, Tanggungjawab Dilaksana”, beliau menegaskan bahawa UNIMEL tidak lagi boleh beroperasi secara rutin dan konvensional. Sebaliknya, seluruh warga universiti perlu bergerak secara lebih pantas dan strategik, berasaskan prestasi, data serta impak yang nyata kepada mahasiswa, masyarakat dan negara.

Bagi tahun 2026, UNIMEL menetapkan empat fokus utama sebagai pemacu transformasi universiti, selaras dengan aspirasi untuk melonjakkan reputasi dan daya saing institusi ke tahap yang lebih tinggi.

Perutusan tersebut dihadiri barisan pengurusan tertinggi universiti, warga staf serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2026, sekali gus mencerminkan komitmen bersama dalam merealisasikan agenda evolusi UNIMEL
menuju kecemerlangan berterusan.