PROGRAM EARLY ENGAGEMENT PROGRAM BERI PENDEDAHAN AWAL KEPADA PELAJAR BAHARU
Kuala Sg.Baru, 08 April 2026 โ Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus komited dalam memperkasa pengalaman awal pelajar dengan menganjurkan Early Engagement Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 6 hingga 8 April 2026 (Isnin hingga Rabu).
Program ini telah disertai oleh seramai 54 orang pelajar baharu yang terdiri daripada 16 lelaki dan 38 perempuan. Inisiatif ini bertujuan memberi peluang kepada bakal mahasiswa untuk merasai sendiri suasana kehidupan kampus sebelum memulakan pengajian secara rasmi.
Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat, termasuk sesi suai kenal, pengenalan kepada fakulti, aktiviti pembangunan sahsiah serta pengisian motivasi. Program ini bukan sahaja membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran universiti, malah turut membina keyakinan diri serta semangat kebersamaan dalam kalangan peserta.
Keunikan program ini adalah ia ditawarkan secara percuma kepada semua peserta, sebagai usaha universiti untuk menarik minat dan memberi sokongan awal kepada pelajar baharu. Selain itu, para peserta turut menerima sijil penghargaan di bawah Student Readiness Program sebagai pengiktirafan terhadap penglibatan mereka.
Pihak penganjur berharap agar program seperti ini dapat membantu pelajar membuat persediaan mental dan emosi sebelum melangkah ke alam universiti sebenar. Dengan pengalaman selama tiga hari dua malam ini, peserta dilihat lebih bersedia, bersemangat dan mempunyai gambaran yang lebih jelas tentang kehidupan sebagai seorang mahasiswa di UNIMEL.
Secara keseluruhannya, Early Engagement Program ini berjaya mencapai objektifnya dalam memberikan pendedahan awal yang bermakna kepada pelajar, sekaligus memperkukuhkan lagi usaha universiti dalam melahirkan graduan yang holistik dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
EARLY ENGAGEMENT PROGRAM PROVIDES EARLY EXPOSURE FOR NEW STUDENTS
Kuala Sungai Baru, 8 April 2026 โ Universiti Islam Melaka (UNIMEL) continues to demonstrate its commitment to enhancing the early student experience by organizing the Early Engagement Program, which took place over three days and two nights from 6 to 8 April 2026 (Monday to Wednesday).
The program was attended by a total of 54 new students, comprising 16 males and 38 females. This initiative aimed to provide prospective students with the opportunity to experience campus life firsthand before officially beginning their studies.
Throughout the program, participants were exposed to a variety of engaging and beneficial activities, including ice-breaking sessions, faculty introductions, character development activities, and motivational sessions. The program not only helped students adapt to the university environment but also built their self-confidence and fostered a strong sense of camaraderie among participants.
One of the unique aspects of this program is that it was offered free of charge to all participants, reflecting the universityโs effort to attract interest and provide early support to new students. In addition, participants received certificates of appreciation under the Student Readiness Program in recognition of their involvement.
The organizers hope that programs like this will help students prepare mentally and emotionally before embarking on their actual university journey. With the three-day, two-night experience, participants were seen to be more prepared, motivated, and equipped with a clearer understanding of life as a UNIMEL student.
Overall, the Early Engagement Program successfully achieved its objective of providing meaningful early exposure to students, further strengthening the universityโs efforts to produce holistic graduates who are ready to face future challenges.