ππππππ πππππππππ ππππππ πππππ ππππππ ππππππππ ππππππ ππππππ ππππ
Melaka, 19 Januari 2026 β YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusof, Ketua Menteri Melaka, telah menyampaikan Amanat Tahun Baharu Kerajaan Negeri Melaka 2026 bertemakan βTahun Pelaksanaan: Petunjuk Kemampanan, Menyelesaikan Amanah, Memperkukuh Prestasiβ. Amanat tersebut menekankan kepentingan pelaksanaan dasar yang berimpak tinggi, akauntabiliti pentadbiran serta pemerkasaan prestasi dalam pembangunan negeri secara menyeluruh.
Seiring dengan amanat tersebut, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) menyatakan komitmen penuh dalam mendukung dan menjayakan agenda Kerajaan Negeri Melaka melalui peranan strategik institusi pengajian
tinggi.
Naib Canselor UNIMEL, Profesor Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly, menegaskan bahawa UNIMEL akan terus memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan nilai ilmu, integriti dan kelestarian, di samping melaksanakan penyelidikan berimpak tinggi yang mampu menyumbang secara langsung kepada keperluan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.
Menurut beliau, UNIMEL turut komited memperkasakan ekosistem akademik, inovasi dan pemindahan ilmu agar selari dengan keutamaan dasar negeri, sekali gus menyokong aspirasi Melaka ke arah pentadbiran yang mampan, berprestasi tinggi dan berorientasikan hasil.
UNIMEL akan terus menyelaraskan peranan akademik dan institusinya bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi manfaat nyata kepada masyarakat, selaras dengan semangat Amanat Tahun Baharu Kerajaan Negeri Melaka 2026.