ππππππππ πππππππππ ππππππππ πππ ππππππππππ ππππππ :πππππππ πππππππππππ ππππ πππ ππππππ
Karnival Menjulang Kesenian dan Kebudayaan Melayu yang berlangsung sempena Karnival Universiti Islam Melaka (UNIMEL) pada 18β21 Disember mencatat sejarah tersendiri dalam usaha universiti memartabatkan seni dan budaya Melayu sepanjang 31 tahun penubuhannya.
Penganjuran ini menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) melalui pendidikan tidak formal berasaskan seni dan budaya, pemerkasaan komuniti serta pengukuhan ekonomi kreatif, selari dengan aspirasi βKampus Sejahtera: UNIMEL Lestari dan Hijau.β
Sorotan utama ialah pertandingan silat julung kali diadakan di UNIMEL dengan kerjasama Persatuan Silat AlQubro dan sokongan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Melaka, melibatkan 200 peserta dari lima negara Australia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Malaysia sekali gus mengangkat silat ke pentas antarabangsa sebagai warisan budaya Melayu.