Utama β€Ί Berita β€Ί Umum
πŸ• 18/12/2025 08:24 PM
SDG 11: Sustainable Cities and Communities SDG 13: Climate Action

PELUNCURAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU NEGERI MELAKA: MIKROMOBILITI KAMPUS. UNIMEL MELANGKAH KE HADAPAN SEBAGAI KAMPUS HIJAU DAN LESTARI DENGAN PELUNCURAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU NEGERI MELAKA

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus komited terhadap pembangunan mampan dengan peluncuran Inisiatif Teknologi Hijau Negeri Melaka: Mikromobiliti Kampus, yang memfokuskan sistem mobiliti rendah karbon, mesra alam dan selamat dalam kawasan kampus.

Majlis yang berlangsung di Auditorium Ibn Khaldun, UNIMEL ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Zulkiflee bin Mohd Zin, Timbalan EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, bersama Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor Universiti Islam Melaka.

Inisiatif ini mencerminkan sokongan UNIMEL terhadap agenda kelestarian negeri dan negara melalui penerapan teknologi hijau yang praktikal, di samping mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan bermotor konvensional. Pelaksanaan Mikromobiliti Kampus turut menjadi sebahagian daripada polisi Kampus Sejahtera: UNIMEL Lestari dan Hijau, yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup warga kampus serta membentuk budaya mesra alam.

Selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan, inisiatif ini menyokong SDG 11 – Bandar dan Komuniti Lestari serta SDG 13 – Tindakan Terhadap Perubahan Iklim, sekali gus meletakkan UNIMEL sebagai model kampus pintar dan berdaya tahan iklim di peringkat institusi pengajian tinggi.