Utama Berita Umum
🕐 18/07/2025 02:29 PM
SDG 3: Good Health and Well-Being SDG 4: Quality Education SDG 17: Partnerships for the Goals

UNIMEL & HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH (HPSF), MUAR JOHOR JALIN KERJASAMA STRATEGIK

Satu kunjungan hormat telah diadakan ke Pejabat Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar pada 18 Julai 2025. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan dan pihak hospital melalui perbincangan yang merangkumi: Penempatan klinikal pelajar kejururawatan, sebagai platform latihan praktikal untuk meningkatkan kemahiran klinikal pelajar.

Kerjasama dalam penyelidikan (research) yang memberi fokus kepada bidang kejururawatan dan kesihatan awam. Pelaksanaan projek penyelidikan klinikal (clinical research project) secara bersama bagi menyokong amalan berasaskan bukti (evidence-based practice).

Antara yang terlibat dalam sesi perbincangan ini ialah Naib Canselor Universiti Islam Melaka, Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly bersama Fakulti Kejururawatan Dan Sains Kesihatan (FKSK) UNIMEL bersama-sama Dr. Fairoz Azlim bin Muslim serta bahagian Kejururawatan yang mewakili pihak Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Kehadiran kedua-dua pihak mencerminkan komitmen tinggi dalam memperkukuh jalinan akademik dan klinikal
secara kolaboratif.

Kunjungan ini dijangka membuka ruang kerjasama yang lebih luas dalam memperkasa mutu pendidikan, latihan dan penyelidikan dalam bidang kesihatan.