Utama Berita Umum
🕐 04/06/2025 02:09 PM
SDG 4: Quality Education SDG 8: Decent Work and Economic Growth SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions SDG 17: Partnerships for the Goals

Majlis Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Melaka Berlangsung di Universiti Islam Melaka (UNIMEL)

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) sekali lagi mencatat sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai lokasi penganjuran Majlis Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Melaka yang berlangsung dengan penuh tertib dan berprestij.

Majlis yang dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi negeri ini telah diketuai oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Islam Melaka Berhad (UIMB), serta disertai oleh YB Dato’ Azhar Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Pihak pengurusan UNIMEL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri dan seluruh barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka atas kepercayaan dan pemilihan UNIMEL sebagai tuan rumah mesyuarat penting ini.

Majlis ini bukan sahaja memperkukuh hubungan strategik antara universiti dan kerajaan negeri, malah turut memberi ruang untuk UNIMEL memperkenalkan peranannya sebagai institusi pengajian tinggi yang komited dalam pembangunan pendidikan dan modal insan di negeri Melaka.

Dalam pada itu, pendaftaran pelajar baharu ke Universiti Islam Melaka (UNIMEL) kini dibuka! Orang ramai yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang ditawarkan dari peringkat Asasi hingga ke Doktor Falsafah (PhD) dialu-alukan untuk mendaftar segera. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi UNIMEL.