Utama Berita Umum
🕐 27/05/2025 02:01 PM
SDG 11: Sustainable Cities and Communities

Gotong-Royong Perdana UNIMEL Semarak Semangat Kerjasama

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah mengadakan Program Gotong-Royong Perdana pada pagi ini dengan penuh semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan warga kampus. Program ini bertujuan untuk membersih, menceriakan dan mengindahkan persekitaran kampus demi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan harmoni.

Kehadiran YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL, turut menyemarakkan lagi semangat para peserta program. Beliau juga berkesempatan menyantuni para staf dan mahasiswa yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong tersebut. Warga UNIMEL, terutamanya para staf, telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang tinggi dalam memastikan kelestarian kampus terus terpelihara. Aktiviti pembersihan dijalankan di sekitar bangunan fakulti, laluan utama, kawasan landskap, serta beberapa lokasi tumpuan umum di kampus.

Program ini turut menyokong slogan kampus, “UNIMEL Indah, Minda Cergas”, yang mencerminkan usaha ke arah mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat sebagai pemangkin kecemerlangan akademik dan sahsiah warga universiti.

Pihak pengurusan UNIMEL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah berganding bahu menjayakan program ini.