UNIMEL JALINKAN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN ASITA PERKASA PENDIDIKAN DAN PELANCONGAN

Universiti Islam Melaka terus memperkukuhkan kedudukan dan jaringan antarabangsa menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Indonesia (ASITA) di Jakarta, Indonesia. Perjanjian strategik tersebut telah dimeterai oleh Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL, bersama Dr. N. Rusmiati,M.Si., M.H., Presiden ASITA, sebagai manifestasi komitmen bersama dalam memperluas kerjasama […]

MENYEMAI KASIH, MENYANTUNI MAHASISWA: UNIMEL CARE CORNER PERKASA BUDAYA PRIHATIN DI KAMPUS

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuhkan agenda kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa menerusi penubuhan UNIMEL Care Corner, sebuah inisiatif berteraskan konsep “Sharing the Light of Love” yang diwujudkan bagi membantu pelajar mendapatkan keperluan makanan secara mudah, percuma dan bermaruah. UNIMEL Care Corner berfungsi sebagai ruang perkongsian rezeki yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk manfaat […]

UNIMEL TERIMA KUNJUNGAN HORMAT ISNJ BENGKALIS, METERAI KERJASAMA STRATEGIK MELALUI MOU

Naib Canselor UNIMEL, Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Institut Syariah Negeri Junjungan (ISNJ) Bengkalis, Riau yang diketuai oleh Rektor ISNJ, Dr. Khodijah Ishak bersama Wakil Rektor Non Akademik, Muhammad Fadhil Junery. Kunjungan tersebut turut diserikan dengan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UNIMEL dan ISNJ Bengkalis […]

UNIMEL HIMPUNKAN INDUSTRI DAN AGENSI KERAJAAN DALAM PROGRAM PENDIDIKAN PERBURUHAN NEGERI MELAKA

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memainkan peranan sebagai institusi pendidikan yang prihatin terhadap pembangunan masyarakat dan kesejahteraan dunia pekerjaan apabila menjadi tuan rumah bagi Program Pendidikan Perburuhan (PPP) Siri 2/2026 anjuran Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka bertempat di Conference Room, UNIMEL hari ini. Program yang membawa tema “Hak Pekerja dan Tanggungjawab Majikan: Ke Arah Tadbir […]

UNIMEL ANJUR “UNIMEL INSIGHTS SERIES” PERKASA KEPIMPINAN FAKULTI DAN PENGURUSAN PENYELIDIKAN

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) menerusi Unit Latihan Pendidikan, Bahagian Pembangunan Institusi telah menganjurkan program UNIMEL Insights Series: Faculty Leadership, Academic and Research Management pada 14 Mei 2026 bertempat di Conference Room, Bangunan IT, Universiti Islam Melaka. Program yang berlangsung bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang itu menghimpunkan barisan akademik dan pengurusan universiti dalam sesi […]

UNIMEL-USM PERKUKUH JARINGAN AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperluaskan jaringan akademik strategik apabila Fakulti Sains Sosial (FSS) menerima kunjungan delegasi Universiti Sains Malaysia (USM) dalam Sesi Santai Pertemuan Akademik. Sesi ini diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Rohayati Md Isa, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UNIMEL bersama Abd Aziz A’zmi, Dekan Fakulti Sains Sosial UNIMEL. Manakala, delegasi USM […]

UNIMEL TERBITKAN 24 JUDUL BUKU BERSAMA DBP

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh budaya penulisan akademik apabila berjaya menghasilkan 24 judul buku menerusi kolaborasi strategik bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Penghasilan manuskrip ini melibatkan pensyarah daripada pelbagai fakulti merangkumi bidang pengajian Islam, pendidikan, pengurusan, sains sosial, teknologi, bahasa dan kemanusiaan. Menerusi Bengkel Permurnian Manuskrip bersama DBP, para peserta diberikan panduan berkaitan […]

UNIMEL SERTAI SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT ZON SELATAN 2026

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mempelawa orang ramai hadir ke Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Selatan 2026 yang berlangsung pada 8 hingga 10 Mei 2026 di Dataran Pengisytiharan Kemerdekaan. Sepanjang program, UNIMEL menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk penerangan program Prasiswazah dan Pascasiswazah, ujian psikometrik serta konsultasi sambung belajar melalui saluran APEL A. Penyertaan ini bertujuan memberi […]

KERJASAMA UNIMEL-DHS HOSPITALITY ACADEMY BUKA LALUAN KERJAYA HOSPITALITI BERTARAF ANTARABANGSA

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh jaringan kerjasama industri menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama DHS Hospitality Academy Sdn. Bhd., sebuah institusi latihan hospitaliti yang berpengalaman luas dalam pembangunan modal insan industri hospitaliti di peringkat antarabangsa. Kerjasama strategik ini membuka ruang baharu dalam memperkasa pendidikan hospitaliti, pembangunan bakat serta peluang kerjaya global khususnya kepada mahasiswa […]

UNIMEL BUKA LALUAN PANTAS IJAZAH SARJANA MUDA KEPADA PELAJAR MICOST

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh jaringan pendidikan tinggi apabila mengadakan taklimat promosi pengajian kepada pelajar Diploma Melaka International College of Science and Technology (MICOST) dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Perniagaan bagi membuka peluang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UNIMEL. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Dr. Mazni binti Muhammad, Yang Menjalankan […]