UNIMEL DAN KUYPJ SATUKAN KEPAKARAN DALAM MEMPERKASA EKOSISTEM PENDIDIKAN TINGGI

Universiti Islam Melaka terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik institusi pendidikan tinggi menerusi Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Tun Seri Lanang, Aras 2 Bangunan Canselori UNIMEL, hari ini. Delegasi KUYPJ diketuai oleh Ketua Eksekutifnya, Dr. Nor Aishah Binti Abd Aziz. Kerjasama strategik ini dilihat mampu […]
UNIMEL – ALAM: MEMPERKUKUH JARINGAN STRATEGIK PENDIDIKAN TINGGI

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus melangkah proaktif dalam memperluas jaringan kerjasama strategik menerusi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Surat Niat (LoI) bersama Akademi Laut Malaysia (ALAM) yang berlangsung pada 6 Mei 2026. Yang hadir bagi pihak UNIMEL ialah YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL, manakala pihak ALAM diketuai […]
JEJANTAS AYER MOLEK BERTUKAR WAJAH, MAHASISWA UNIMEL CETUS IMPAK KOMUNITI

Jejantas yang sebelum ini kusam kini kembali ceria hasil sentuhan mahasiswa Universiti Islam Melaka (UNIMEL) dalam Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Ayer Molek. Inisiatif ini bukan sekadar mencantikkan persekitaran malahan telah memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dan komuniti setempat melalui penglibatan langsung mahasiswa. Program ini turut disertai YB Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, […]
PEMERKASAAN KERJASAMA STRATEGIK UNIMEL-SALAM MEDICAL CENTRE DALAM PEMBANGUNAN KESIHATAN DAN PENDIDIKAN

Alhamdulillah, pagi ini telah berlangsung dengan jayanya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Islam Melaka (UNIMEL) dan SALAM Medical Centre Sdn. Bhd. Kerjasama strategik ini menandakan komitmen berterusan UNIMEL dalam memperkukuh sinergi bersama industri kesihatan, khususnya dalam bidang latihan klinikal, penyelidikan perubatan serta penyampaian perkhidmatan kesihatan yang holistik. Majlis ini telah disempurnakan dengan sesi […]
PROGRAM ASPIRASI PENDIDIKAN UNIVERSITI ISLAM MELAKA – DUN AYER MOLEK

Program Aspirasi Pendidikan Universiti Islam Melaka – DUN Ayer Molek berjaya menghimpunkan 100 pelajar semester akhir bagi mendapatkan pendedahan awal mengenai laluan ke pendidikan tinggi. Dirasmikan oleh YB Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka merangkap ADUN Ayer Molek program ini menekankan kepentingan pendidikan tinggi sebagai keperluan masa […]
NAIB CANSELOR UNIMEL MENGHADIRI DAN BERDISKUSI DALAM KONGRES PENDIDIKAN BUMIPUTERA 2026

KUALA LUMPUR, 1 Mei 2026 (Sabtu) — Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL) hari ini menghadiri serta terlibat dalam sesi perbincangan di Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 yang berlangsung di ibu negara. Kongres tersebut telah disempurnakan dengan ucapan hala tuju oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, yang menekankan kepentingan memperkukuh […]
MAJLIS MERAIKAN DUYURURRAHMAN UNIMEL

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah mengadakan majlis meraikan duyufurrahman, En. Ab. Wahid bin Sulaiman daripada Fakulti Pengurusan, Hospitaliti & Teknologi (FPHT) yang bakal menunaikan Ibadah Haji. Semoga segala urusan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, serta memperoleh haji yang mabrur. Didoakan juga agar perjalanan pergi dan pulang sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya. “Labbaikallahumma Labbaik…” Selamat menunaikan […]
UNIMEL TERIMA KUNJUNG HORMAT DELEGASI CHINA, PERKUKUH KOLABORASI STRATEGIK ANTARABANGSA

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperluaskan pengaruh di peringkat global apabila menerima kunjung hormat delegasi Century Talent Education Technology Co Ltd dari China yang diketuai oleh Mr. Luo Yongqiang bagi membincangkan peluang kolaborasi strategik antarabangsa dalam sektor pendidikan tinggi. Pertemuan yang turut dihadiri barisan pengurusan tertinggi UNIMEL itu membuka ruang kerjasama berimpak tinggi merangkumi pengambilan […]
UNIMEL PERKASA PEMBANGUNAN KURSUS PENSIJILAN MELALUI BENGKEL KHAS FAKULTI KEILMUAN ISLAM

Melaka, 28 April 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi pendidikan tinggi yang responsif terhadap keperluan semasa apabila menganjurkan Bengkel Pembinaan Modul Kursus Pensijilan Fakulti yang berlangsung di Fakulti Keilmuan Islam (FKI), UNIMEL. Bengkel yang melibatkan seramai 30 orang pensyarah FKI ini bertujuan memberi pendedahan serta panduan praktikal kepada para akademik […]
“JOM BACA BERSAMA” – MEMBACA MENGGEMBIRAKAN WARGA UNIMEL

Dalam usaha menyemarakkan budaya ilmu dan memperkukuh amalan membaca dalam kalangan warga universiti, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah menganjurkan program “Jom Baca Bersama: Membaca Menggembirakan” yang berlangsung dengan jayanya di Perpustakaan Al-Ghazali serta di seluruh kampus. Program ini merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk menggalakkan warga UNIMEL meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk membaca secara […]