🕐 08/07/2026 04:55 PM
SDG 3: Good Health and Well-Being SDG 4: Quality Education

DEAN’S CUP FUG LEAGUE 2026 STRENGTHENS THE CULTURE OF SPORTS AND STUDENT CO-CURRICULAR DEVELOPMENT

The Faculty of Law, Governance and Shariah (FUG), Universiti Islam Melaka (UNIMEL), successfully organised the Dean’s Cup FUG League 2026 at Tariq Al-Ziyad Stadium, attracting the participation of 290 students. The event demonstrated the faculty’s strong commitment to promoting a culture of sports while fostering the holistic development of its students.

The programme, which took place from 7.00 a.m. to 5.30 p.m., was officiated by the Dean of the Faculty of Law, Governance and International Relations, Puan Rabiatuladawiah Abdul Rahman.

The tournament aimed to encourage active student participation in sports and co-curricular activities while identifying promising new athletes to represent the faculty in competitions at various levels. This initiative forms part of the faculty’s continuous efforts to produce well-rounded graduates who excel academically, demonstrate strong leadership qualities, possess exemplary character, and maintain physical fitness.

Throughout the tournament, participants competed in a variety of events, including the 100-metre, 200-metre, 4 × 100-metre relay, and 1,500-metre track events. In addition, competitions in futsal, netball, volleyball, sepak takraw, table tennis, and traditional fun games added excitement to the programme, receiving enthusiastic participation from members of the FUG community.

Beyond serving as a platform for discovering new sporting talent, the tournament successfully fostered sportsmanship, discipline, and teamwork among students. It also provided an excellent opportunity to strengthen relationships between students, lecturers, and faculty members through active participation in healthy and competitive activities.

The programme’s primary objectives were to increase student involvement in sports as a medium for co-curricular development, identify talented athletes to represent the faculty, cultivate sportsmanship and teamwork, and promote a healthy lifestyle through well-organised and sustainable sporting activities.

Overall, the Dean’s Cup FUG League 2026 successfully achieved its objectives of nurturing students who are physically fit, competitive, disciplined, and possess a strong spirit of sportsmanship. The success of the programme reflects the Faculty of Law, Governance and Shariah’s commitment to comprehensive student development, in line with Universiti Islam Melaka’s aspiration to produce competent, well-rounded, and competitive graduates.

The programme also supports the United Nations Sustainable Development Goals (SDGs), particularly SDG 3: Good Health and Well-being, by promoting a healthy lifestyle, and SDG 4: Quality Education, which emphasises the holistic development of students through active participation in co-curricular and sporting activities.

The Dean’s Cup FUG League is expected to continue as an annual faculty event, further strengthening the culture of sports, nurturing high-quality athletes, and fostering stronger bonds among the UNIMEL community, in line with the university’s aspiration t


LIGA PIALA DEKAN FUG 2026 PERKASA BUDAYA KESUKANAN DAN KOKURIKULUM MAHASISWA

Fakulti Undang-Undang, Governan dan Syariah (FUG), Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah berjaya menganjurkan Liga Piala Dekan FUG 2026 di Stadium Tariq Al-Ziyad dengan penyertaan seramai 290 orang mahasiswa dan mahasiswi, sekali gus membuktikan komitmen fakulti dalam memperkasa budaya kesukanan serta pembangunan sahsiah pelajar secara holistik.

Program yang berlangsung dari 7.00 pagi hingga 5.30 petang itu telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Undang-Undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa, Puan Rabiatuladawiah binti Abdul Rahman.

Penganjuran kejohanan ini bertujuan menggalakkan penyertaan aktif mahasiswa dalam aktiviti sukan dan kokurikulum, di samping mencungkil bakat atlet baharu yang berpotensi untuk mewakili fakulti dalam pertandingan di pelbagai peringkat. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan fakulti dalam melahirkan graduan yang seimbang dari aspek akademik, kepimpinan, sahsiah dan kecergasan fizikal.

Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang dipertandingkan, antaranya balapan 100 meter, 200 meter, 4 × 100 meter dan 1,500 meter. Selain itu, pertandingan futsal, bola jaring, bola tampar, sepak takraw, ping pong serta sukaneka turut memeriahkan program dengan penyertaan yang memberangsangkan daripada warga FUG.

Selain menjadi medan mencungkil bakat baharu, kejohanan ini berjaya menyemai semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan dalam kalangan mahasiswa. Program ini turut menjadi platform terbaik untuk mengukuhkan hubungan silaturahim antara mahasiswa, pensyarah dan warga fakulti melalui penglibatan aktif dalam aktiviti yang sihat dan kompetitif.

Objektif utama program adalah untuk meningkatkan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti sukan sebagai medium pembangunan kokurikulum, mengenal pasti atlet-atlet berpotensi bagi mewakili fakulti, memupuk semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan serta membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan yang tersusun dan berterusan.

Secara keseluruhannya, Liga Piala Dekan FUG 2026 telah mencapai matlamat penganjurannya dalam melahirkan mahasiswa yang cergas, berdaya saing, berdisiplin dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. Kejayaan penganjuran program ini membuktikan komitmen Fakulti Undang-Undang, Governan dan Syariah dalam memperkasakan pembangunan pelajar secara menyeluruh selaras dengan aspirasi Universiti Islam Melaka untuk melahirkan graduan yang kompeten, berketerampilan dan berdaya saing.

Program ini juga menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDG), khususnya SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan melalui pembudayaan gaya hidup sihat serta SDG 4: Pendidikan Berkualiti yang menekankan pembangunan potensi pelajar secara holistik menerusi penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum dan kesukanan.

Penganjuran Liga Piala Dekan FUG dijangka akan terus menjadi acara tahunan fakulti dalam usaha memperkukuh budaya kesukanan, melahirkan atlet berkualiti serta mengeratkan hubungan dalam kalangan warga UNIMEL, sejajar dengan aspirasi universiti untuk membentuk graduan yang seimbang dari aspek intelek, jasmani dan sahsiah.