WASILAH ILMIAH DUNIA PEMBUKUAN
Wasilah Ilmiah Dunia Pembukuan telah diadakan pada 08 Februari 2025 bertempat di ruangan Bilik MPP 1, Pusat Pelajar, Universiti Islam Melaka. Program ini telah dianjurkan Oleh Kelab Buku Universiti Islam Melaka bagi memperkenalkan kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Islam Melaka bagi kewujudan kelab ini buat pertama kali. Program ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat, Fatin Salwana Binti Nabhan selaku Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar 25/26.

Pengisian wasilah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, En Nur Mohd Iqzuan Bin Samsudin yang juga merupakan Penyelaras Kelab Buku Universiti Islam Melaka yang telah berkongsi pengalaman beliau selama berada di dalam dunia pembukuan.
Seramai 24 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Melaka dari pelbagai fakulti telah ikut serta dalam program kali ini. Objektif utama program adalah bagi memberi pendedahan suasana dan keadaan dalam dunia pembukuan. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memupuk minat dan memberi galakan kepada mahasiwa dan mahasiwi membaca buku-buku yang berilmiah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan bagi setiap
individu.

Secara keseluruhan, Wasilah Ilmiah Dunia Pembukuan ini telah diakhiri dengan sesi soal jawab dari para peserta. Semoga segala wadah dari penceramah jemputan dapat memberi manfaat kepada seluruh para peserta.