Utama β€Ί Berita β€Ί Pelajar
πŸ• 06/02/2026 06:32 PM

UNIMEL HARGAI KEPIMPINAN MPP SESI 2025/2026

Melaka, 6 Februari (Jumaat) – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) meraikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2025/2026 sebagai penghargaan atas komitmen dan sumbangan kepimpinan mahasiswa dalam pembangunan sahsiah serta kebajikan pelajar universiti.

Majlis penghargaan tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMEL, Profesor Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, bertempat di MITC Hotel, Melaka.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan komitmen UNIMEL untuk terus melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja
cemerlang dalam bidang akademik, malah berkeupayaan menjadi pemimpin berintegriti, berakhlak dan berdaya saing selaras dengan aspirasi universiti.

Menurut beliau, peranan MPP amat penting sebagai penghubung antara pihak pengurusan universiti dan pelajar, di samping menjadi contoh kepimpinan kepada mahasiswa keseluruhannya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMEL, Tuan Haji Zulkefli bin Abu Bakar, bersama barisan pengurusan universiti dan wakil mahasiswa.

Majlis ini mencerminkan penghargaan UNIMEL terhadap kepimpinan mahasiswa serta komitmen berterusan universiti dalam memperkasa pembangunan pelajar secara holistik.