UNIMEL COMMUNITY GOTONG-ROYONG PROGRAMME STRENGTHENS STUDENTS’ SPIRIT OF VOLUNTEERISM
KUALA SUNGAI BARU, MELAKA, 19 July 2026 – The Ihya’ Community Gotong-Royong Programme, organised by the Johor Students’ Association (JOHSA) UNIMEL in collaboration with Student and Alumni Affairs (HEPA) and the UNIMEL Student Representative Council (MPP), was successfully held at Masjid Al-Ilmi, Universiti Islam Melaka (UNIMEL).
The programme, which involved a total of 48 participants comprising 20 UNIMEL students and 28 secretariat members and organising committee members, aimed to foster the spirit of volunteerism, cooperation, discipline and social responsibility among students.
One of the main activities of the programme was a gotong-royong session to clean and maintain the Masjid Al-Ilmi premises, ensuring that the mosque environment remains clean, comfortable and conducive for use by the university community and the local community.
The programme also served as a platform to strengthen ties between students, university management and the mosque management. The spirit of cooperation fostered through such community-based activities is expected to nurture students who are more caring, responsible and aware of the needs of society.
The programme also received the support and participation of Puan Noraini binti Abdol Raop, JOHSA UNIMEL Coordinator; Encik Muhammad Anuar Farhin bin Abdul Razak, President of the Student Representative Council for the 2026/2027 Session; and Tn. Hj. Zulkefli bin Abu Bakar, Deputy Vice Chancellor, Student and Alumni Affairs, UNIMEL.
The implementation of this programme is also in line with the aspirations of the Sustainable Development Goals (SDGs), particularly SDG 3: Good Health and Well-Being, SDG 11: Sustainable Cities and Communities, and SDG 17: Partnerships for the Goals.
Through programmes such as this, UNIMEL remains committed to developing students who are not only academically excellent but also possess leadership qualities, a spirit of volunteerism and a strong sense of social responsibility.
The Ihya’ Community Gotong-Royong Programme is expected to serve as a catalyst for organising more community and volunteer activities in the future, in line with UNIMEL’s efforts to produce a generation of students who are disciplined, have integrity and are capable of making positive contributions to society.
PROGRAM IHYA’ GOTONG-ROYONG KOMUNITI UNIMEL PERKUKUH SEMANGAT KESUKARELAWANAN MAHASISWA
KUALA SUNGAI BARU, MELAKA, 19 Julai 2026 – Program Ihya’ Gotong-Royong Komuniti anjuran Johor Students’ Association (JOHSA) UNIMEL dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIMEL telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Al-Ilmi, Universiti Islam Melaka (UNIMEL).
Program yang melibatkan seramai 48 peserta terdiri daripada 20 orang mahasiswa UNIMEL serta 28 orang urusetia dan ahli jawatankuasa pelaksana ini bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan, kerjasama, disiplin dan tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa.
Antara pengisian utama program ialah aktiviti gotong-royong membersihkan dan menyelenggara kawasan Masjid Al-Ilmi, sekali gus memastikan persekitaran masjid berada dalam keadaan bersih, selesa dan kondusif untuk kegunaan warga universiti serta komuniti setempat.
Program ini turut menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan silaturahim antara mahasiswa, pihak pengurusan universiti dan pengurusan masjid. Semangat kerjasama yang diterapkan melalui aktiviti kemasyarakatan sebegini diharap dapat melahirkan mahasiswa yang lebih prihatin, bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan masyarakat.
Program turut mendapat sokongan dan penyertaan daripada Puan Noraini binti Abdol Raop, Penyelaras JOHSA UNIMEL, Encik Muhammad Anuar Farhin bin Abdul Razak, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2026/2027, serta Tn. Hj. Zulkefli bin Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar & Alumni UNIMEL.
Pelaksanaan program ini juga selari dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan serta SDG 17: Kerjasama demi Matlamat.
Melalui program seumpama ini, UNIMEL terus komited dalam membentuk mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai nilai kepimpinan, kesukarelawanan dan keprihatinan terhadap masyarakat.
Program Ihya’ Gotong-Royong Komuniti diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada penganjuran lebih banyak aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan pada masa akan datang, selaras dengan usaha UNIMEL melahirkan generasi mahasiswa yang berdisiplin, berintegriti dan mampu memberikan sumbangan positif kepada masyarakat.