Utama β€Ί Berita β€Ί Pelajar
πŸ• 17/02/2025 04:48 PM
SDG 4: Quality Education SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions

SESI PENDAFTARAN PELAJAR TAHFIZ BESTARI UNIVERSITI ISLAM MELAKA (UNIMEL)

Hari Pendaftaran dan Orentasi Pelajar Tahfiz Bestari di Universiti Islam Melaka (UNIMEL). Pada pagi ini telah berlangsung hari pendaftaran bagi program Tahfiz Bestari (Persediaan SPM) bagi tahun 2025.

Sesi pendaftaran telah berlangsung di Auditorium Ibn Khaldun, UNIMEL. Pada kali ini, seramai lebih 50 orang pelajar telah mendaftar pada sesi kali ini dan sesi pendaftaran akan berlangsung selama tiga (3) hari dan akan tamat pada 19 Februari 2025.

Majlis ramah mesra bersama ibu bapa dan para pelajar telah berlangsung di Auditorium. YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL telah menyantuni para ibu bapa dan pelajar. Turut hadir ialah YBrs. Ustaz Haji Zulkefli bin Abdu Bakar, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Ustaz Dr. Hj. Shahrul Hilmi bin Othman, Pengarah Pusat Islam UNIMEL. Sepanjang program Tahfiz Bestari ini berjalan bermula dari tahun 2017, seramai 650 orang telah menyertai program persedian SPM ini.

Semoga seluruh pelajar diberikan keberkatan dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM pada tahun ini.