Utama β€Ί Berita β€Ί Pelajar
πŸ• 27/02/2025 08:49 PM
SDG 4: Quality Education SDG 8: Decent Work and Economic Growth SDG 17: Partnerships for the Goals

PROGRAM PRAKTIKUM CEMERLANG 4.0: BENGKEL ASAS MENGAJAR

Kelab Siswa Siswi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KESPAKK) dengan kerjasama Unit Praktikum Fakulti Pendidikan telah menganjurkan Program Praktikum Cemerlang 4.0: Bengkel Asas Mengajar pada 27 Februari 2025 bertempat di Auditorium Ibn Khaldun, Universiti Islam Melaka. Program ini khas untuk 134 mahasiswa dan mahasiswi Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Semester 5 sebagai persediaan sebelum menjalani latihan industri.

Program ini merangkumi empat slot ceramah oleh penceramah berpengalaman dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak, diikuti dengan Bengkel Asas Mengajar yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik pengajaran yang berkesan. Turut diadakan sesi soal jawab antara pelajar dan penceramah bagi membincangkan cabaran dan teknik terbaik dalam mendidik kanak-kanak. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Pendidikan, Dr. Mazni Binti Muhammad.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan kemahiran berorganisasi, membina kepimpinan dalam kalangan ahli KESPAKK, serta melahirkan mahasiswa yang lebih bersedia dalam bidang pengajaran. Sesi penghasilan rancangan pengajaran turut menunjukkan peningkatan kemahiran pelajar dalam menyediakan modul pembelajaran.Program ini diharapkan dapat menjadi platform yang berterusan untuk melahirkan pendidik yang berilmu dan berkemahiran tinggi.