PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH UNTUK PELAJAR UNIVERSITI ISLAM MELAKA (UNIMEL)
Program Pengurusan Jenazah telah diadakan pada 15 Februari 2025 bertempat di Masjid Al-Ilmi, Universiti Islam Melaka. Program ini dianjurkan oleh gabungan tiga kelab iaitu Kelab Nadi Syariah (NASYAR), Banking Islamic Finance Club (BIFC) dan Islamic Management Development Club (ISMADEC) yang bertujuan untuk
memberi pendedahan dan latihan praktikal kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Islam Melaka tentang pengurusan jenazah mengikut syariat Islam.

Pengisian program ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Suhaimi Bin Abu Hasan yang merupakan Pensyarah Fakulti Keilmuan Islam telah berkongsi cara pengurusan jenazah dari segi teori dan praktikal yang merangkumi mandian, mengkafankan dan pengebumian jenazah. Seramai 22 ahli jawatankuasa dan 40 orang di kalangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Melaka dari pelbagai fakulti telah ikut serta dalam program kali ini.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan serta latihan praktikal kepada para pelajar mengenai prosedur pengurusan jenazah, khususnya dalam proses memandikan, mengkafankan, dan pengebumian jenazah. Tujuan diadakan program ini adalah untuk memastikan pemahaman yang lebih baik mengenai syariat Islam yang terkait dengan pengurusan jenazah, sehingga setiap aspek proses tersebut selaras dengan ajaran agama.
Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan dan diakhiri dengan sesi soal jawab yang memberi ruang kepada peserta untuk mengajukan persoalan. Semoga segala wadah yang dikongsi oleh penceramah dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang hadir.